Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah alat politik BN yang mengamalkan ‘double standard’
DAP amat terkejut dan mengutuk tindakan pihak polis membuka kertas siasatan terhadap Penasihat Kebangsaan DAP, Dr Chen Man Hin atas dakwaan bersubahat untuk melakukan gangguan awam apabila beliau menggunakan terma ‘Malaysian Spring’ tanpa sebarang niat berbahaya dalam email peribadi lebih satu tahan lalu. Adakah pihak polis tidak ada kerja lain selain menyiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, seorang doktor berusia 86 tahun dan seorang bekas ahli Parlimen yang telah berkhidmat kepada negara; dengan tuduhan merepek kononnya hendak berkomplot untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan seperti yang terjadi dalam ‘Arab Spring’?
Siasatan polis tersebut jelas satu tindakan yang bertujuan untuk memangsa dan memburukkan pemimpin DAP. Kalau pun dakwaan menggulingkan kerajaan itu benar, kenapa siasatan dibuat sekarang selepas lebih setahun, terutamanya apabila tidak ada usaha pun untuk menggulingkan kerajaan? Dengan menyoal Dr Chen Man Hin atas tuduhan tidak berasas, ketika pemimpin Pro-BN dibenarkan membuat pembohongan yang menghasur, Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah alat politik BN yang bukan sahaja mengamalkan ‘double standard’ malah memperlihatkan kebenciannya kepada majoriti rakyat yang telah memberi 51% undi kepada Pakatan Rakyat.
Begitu mengarut sekali tindakan yang amat penuh jenaka ini, kalau bukan kerana ia membazir sumber-sumber polis, tenaga kerja dan masa yang septutnya boleh digunakan untuk menumpukan terhadap memerangi jenayah. Kenapa Ketua Polis Negara bertindak sesuka hati terhadap pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat apabila tidak ada pun laporan polis dibuat setahun lalu, dan kenapa tidak memberi layanan serupa seperti yang diberi kepada bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah, yang telah membuat kenyataan perkauman terhadap masyarakat Cina dan mahu merampas hak dan harta mereka, walaupun laporan polis telah dibuat terhadap Datuk Mohd Noor?
Sementara Khalid sibuk bermain politik, beliau telah gagal menguruskan kadar jenayah yang semakin meningkat. Sehinggakan saudara perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya dan saudara perempuan Khalid sendiri di Mantin menjadi mangsa jenayah pecah rumah. Walaupun pihak polis mendakwa terdapat penurunan dalam indeks jenayah, tidak ada sesiapa pun di dalam negara ini yang percaya bahawa keselamatan mereka terjamin.
Beritahu itu kepada Chris Tong, seorang pelakon yang cedera di Taman Yulek, Cheras; seorang lagi mangsa ragut. Bahkan bekas ketua polis negara pun mempersoalkan kredibiliti dalam penurunan indeks jenayah memandangkan ramai mangsa jenayah percaya bahawa penurunan tersebut telah dimanipulasi.
DAP menuntut jawapan penuh daripada Ketua Polis Negara yang baru di Parlimen untuk menerangkan kegagalan profesional beliau untuk memberi tumpuan kepada membasmi jenayah tetapi sibuk melawan Pakatan Rakyat dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.
