Pengumuman Hishammuddin diatas keutamaan untuk membanteras jenayah telah dibuktikan palsu apabila beliau tidak memberi apa-apa komen berhubung dengan statistik palsu jenayah

Kira-kira 10 hari yang lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah membuat satu pengakuan yang memeranjatkan bahawa fokus untuk memerangi jenayah “tidak dianggap sebagai sesuatu yang perlu” bagi kerajaan, sehinggalah sekarang.

Tambahnya lagi, kini, kerajaan telah mendapat “ilham politik untuk memerangi jenayah” dengan bersungguh-sungguh.

Ini merupakan pengakuan kecuaian dalam tugas Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Saya hanya akan memetik tiga sebab untuk menyokong keputusan ini.

Pertamanya, semenjak laporan Suruhanjaya Polis Diraja Dzaiddin tujuh tahun yang lepas pada Mei 2005 yang mendedahkan “kadar jenayah yang tinggi” yang menyatakan:

Insiden peningkatan jenayah secara drastik dalam beberapa tahun ini, daripada 121,176 kes dalam 1997 kepada 156,465 kes dalam 2004 menunjukkan peningkatan sebanyak 29 peratus. Peningkatan ini mencemarkan reputasi Malaysia sebagai negara yang sepatutnya sebuah negara yang selamat. Rakyat Malaysia secara amnya, serta warga sektor perniagaan dan pelabur asing mula risau mengenai situasi ini. Sekiranya trend ini berlanjutan, maka impak sosial serta ekonomi keatas Malaysia memang besar. Satu tinjauan soal-selidik daripada 575 responden dari masyarakat umumyang dijalankan oleh Suruhanjaya ini memberikan satu gambaran yang jelas mengenai situasi yang ‘tidak selamat’ ini dikalangan semua kumpulan etnik serta warga asing yang bermastautin di Malaysia. Ini bererti diantara 82.2 peratus sehingga 90 peratus daripada semua responden atau 8 hingga 9 orang dalam 10 responden berasa risau mengenai kejadian jenayah.

Keduanya, diatas perlantikan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dalam tahun 2009, Kementerian Dalam Negeri telah menjalankan satu tinjauan soal selidik dalam laman sesawangnya daripada 20 hingga 28 Julai 2009 yang menunjukkan kemerosotan dalam keyakinan orang awam terhadap situasi jenayah di negara ini dengan tahap keselamatan yang kurang memuaskan telah meningkat daripada 89% dalam 2004 (tinjauan dijalankan oleh Suruhanjaya Polis Diraja Dzaiddin) kepada 97% - sementara bilangan responden yang berasa selamat daripada ancaman jenayah jatuh mendadak daripada satu dalam sepuluh bagi tahun 2004 kepada satu dalam 100 bagi tahun 2009!

Berikut adalah hasil daripada tinjauan Kementerian Dalam Negeri dalam 2009:

  • 97% atau 9,729 daripada 10,060 responden berasa tidak selamat disebabkan kadar jenayah yang tinggi dengan 1% atau 89 responden yang berasa selamat dan 2% atau 242 responded jatuh dibawah kategori “tidak pasti”.
  • 95% atau 8,883 daripada 9,319 responden berasa bahawa keselamatan orang awam tidak terjamin berbanding dengan 3% atau 248 responden yang berasa ianya masih terjamin, dengan 2% atau 188 responden dalam kategori “tidak pasti”.
  • 94% atau 8,743 daripada 9,261 responden yang berasa kerajaan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa keselamatan rakyatnya berada pada tahap yang optimum dengan 2% atau 185 responden yang berasa kerajaan telah melakukan yang terbaik dan 4% atau 333 responden yang “tidak pasti”?

Ketiganya, pada 9 Jun tahun ini, selepas kejadian samun terhadap ahli jawatankuasa Bersih Wong Chin Huat semasa beliau keluar bersenam berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 18, Petaling Jaya dan kes serangan dan penculikan yang dahsyat di Bandar Kinrara Puchong yang melibatkan seorang guru Teoh Soo Kim, 51 yang jelas membuktikan kegagalan an ketidakcekapan kerajaan Najib dalam mengurangkan jenayah dan untuk membanteras jenayah dikalangan rakyat Malaysia yang telah saya nyatakan dalam kenyataan media saya sebelum ini:

“Tiada gunanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan CEO Pemandu dan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengheboh-hebohkan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti menyatakan bahawa indeks jenayah keseluruhan bagi 2011 telah jatuh 11.1% sementara jenayah jalanan telah menurun secara signifikan sebanyak 39.7% berbanding dengan 35% dalam 2010 – serta penambahbaikan daripada penurunan 15% dalam jenayah jalanan yang telah ditetapkan dibawah NKRA dalam 2010 – akan tetapi, rakyat Malaysia masih tidak berasa selamat, tidak kira didalam rumah merek mahupun diluar dan di tempat-tempat awam”.

Dengan berlatarbelakangkan kejadian-kejadian ini, pengakuan Hishammuddin dalam 10 hari yang lalu bahawa usaha memerangi jenayah “tidak dilihat sebagai satu keperluan” dan dengan deklarasi bahawa “untuk kali pertama selepas Merdeka, usaha memerangi jenayah mendapat keutamaan”, bukan sahaja satu tindakan yang cuai dan tidak bertanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri dalam tiga tahun ini, tetapi kini adalah satu bukti kepalsuan tema Hari Kemerdekaan Ke-55, “Janji Ditepati”.

Akan tetapi, keadaan akan menjadi lebih buruk – dengan dakwaan serius empat hari yang lalu oleh seorang Pegawai Polis yang telah berkhidmat selama 30 tahun ini berhubung dengan pemanipulasian statistik jenayah untuk memberi satu gambaran yang palsu bahawa kadar jenayah telah menurun secara drastik apabila keadaan sebenar adalah sebaliknya. Pegawai Polis ini telah memberikan penjelasan yang baik bagaimana statistik jenayah ini dimanipulasikan untuk mengelirukan rakyat Malaysia mengenai kejayaan GTP dan NKRA dalam memerangi jenayah.

Walaupun pegawai polis “pemberi maklumat” ini telah memberi satu pecahan dan penjelasan berhubung dengan proses memanipulasikan statistik jenayah, rakyat Malaysia masih menunggu penjelasan dan klarifikasi daripada Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri dan menteri-menteri GTP/NKRA Datuk Idris Jala dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Dengan tindakan Hishammuddin yang terus berdiam ini berhubung dengan dakwaan pegawai polis “pemberi maklumat” ini mengenai statistik jenayah yang palsu, beliau membuktikan kepalsuan pengumuman beliau baru-baru ini untuk menjadikan usaha memerangi jenayah satu “keutamaan” kerajaan.

Apa yang lebih serius lagi, adalah status “tiada komen” daripada Hishammuddin, Idris dan Koh diatas dakwaan serius berhubung dengan statistik jenayah yang palsu bagi GTP dan NKRA yang akan memberikan gambaran yang buruk menjelang sambutan kemerdekaan ke-55 dengan tema “Janji Ditepati”.

Dengan sebab-sebab ini, Hishammuddin, Idris dan Koh tidak boleh terus berdiam diri berhubung dengan dakwaan serius pemalsuan statistik jenayah ini.

Jika ketiga-tiga menteri ini belum bersedia lagi untuk memberi komen, biar Kabinet mengadakan satu mesyuarat khas sebelum Hari Merdeka untuk menyelidiki tuduhan serius pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah dan biar kebenaran mendapat tempat sebelum sambutan Hari Kemerdekaan dan dihebohkan kepada setiap rakyat Malaysia.

Sekiranya dakwaan pegawai polis berhubung dengan pemanipulasian statistik jenayah adalah benar, ini bererti pihak polis mest diberi kebenaran untuk mendedahkan statistik jenayah yang tepat dan jujur berbanding dengan beberapa tahun yang lepas untuk mengukuhkan keyakinan orang awam terhadap pihak polis sebagai satu badan yang profesional, berintegriti dan bebas.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur