Sambutan gemilang Hari Kemerdekaan di Bukit Jalil merupakan batu penghalang kepada pembangunan 55 tahun negara

Malam semalam, saya telah memberi lima kenyataan dalam Tweet saya dalam respon saya terhadap laporan Malaysiakini yang bertajuk “Bukit Jalil Merdeka Day bash for invitees only”, iaitu:

  1. Skandal! Dahsyat! Sambutan apa Hari Kemerdekaan ini? http://goo.gl/H1IpV Sambutan Hari Kemerdekaan di Bukit Jalil melalui jemputan sahaja – Sara Ghazie (Mkini)

  2. “Macam ni pun ada ke?” akan menjadi seruan diseluruh negara apabila rakyat Malaysia membaca laporan “Sambutan Hari Kemerdekaan hanya untuk para jemputan sahaja”

  3. Lagi bukti perampasan identiti sambutan Hari Kemerdekaan – Pertamanya slogan BN iaitu “Janji Ditepati” dan kini jemputan BN ke Stadium 100K

  4. Sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil dirampas oleh BN dan disuntik dengan kumpulan Merdeka yang telah dibayar, dalam kepura-puraan 1Malaysia

  5. Betapa ironinya slogan terkemuka Najib! “Sambutan Hari Kemerdekaan Bukit Jalil hanya untuk para jemputan” telah menghalang pembangunan negara 55 tahun sebelumnya!

Pada pagi ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah memberi “klarifikasi” bahawa sambutan rasmi Hari Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil pada hari Jumaat akan dibuka kepada orang ramai, dengan berkata:

“Dakwaan yang dibuat sesetengah pihak bahawa perhimpunan ulang tahun kemerdekaan ke-55 hanya untuk tetamu undangan tidak benar”

“Amat dikesali bahawa ada beberapa “pemimpin pembangkang tertentu" yang mahu menggagalkan usaha rakyat untuk menyambut kemerdekaan ke-55.”

Rais tidak perlu berasa malu kerana beliau boleh menamakan saya sebagai salah satu dari ‘responden’ terhadap laporan Malaysiakini diatas Twitter Malaysia.

Sekiranya saya salah , saya rela untuk menarik balik dan memohon maaf kerana saya tiada apa-apa niat untuk merosakkan atau mensabotaj sambutan Hari Kemerdekaan yang telah dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional di Stadium Bukit Jalil walaupun saya menolak sekeras-kerasnya tatacara dengan perampasan identiti sambutan Hari Memerdekaan ke-55/Hari Malaysia Ke-49m, yang akan terus memecahbelahkan perpaduan diantara rakyat Malaysia daripada mencetus penyatuan rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, negeri atau pendirian politik dalam memartabatkan polisi ‘unggul’ 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kedua-kedua sambutan ini.

Walaubagaimanapun, berdasarkan komen yang diberikan oleh Rais, saya telah melihat kembali laporan di laman web Malaysiakini malam semalam serta lima ‘tweet’ saya untuk mengesahkan samada saya telah melakukan kesilapan atau jika laporan Malaysiakini itu sebenarnya salah. Tetapi, selepas meninjau laman web Malaysiakini, saya telah mendapati kedua-dua pihak tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam isu ini.

Tiada apa-apa kenyataan yang menyangkal atau penarikan balik oleh Setiausaha Agung Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, kamaruddin Siaraf bahawa orang awam boleh menyaksikan “sambutan” Hari Kemerdekaan Ke-55 daripada tayangan empat skrin diluar Stadium Bukit Jalil.

Ini telah disahkan oleh susuna Pelan Kedudukan Khalayak oleh Kamaruddin semalam dimana hanya orang ternama (VIP), anggota parti komponen BN, penjawat awam, kanak-kanak sekolah serta kumpulan-kumpulan lain yang telah khas dipilih – termasuklah dua parti politik kecil Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) – telah diperuntukkan sebanyak 100,000 tempat duduk didalam stadium tersebut.

Laporan Malaysiakini malam semalam yang memetik kenyataan Kamaruddin apabila ditanya mengapa parti pembangkang tidak dimasukkan dalam pelan kedudukan khalayak, berkata “anggota parti pembangkang boleh menyertai orang umum diluar stadium tersebut”.

Acuh tak acuh, katanya lagi: “mereka boleh masuk diatas “tiket rakyat”. Tiada masalah.”

Selepas mengkaji laporan Malaysiakini malam semalam serta komen Rais hari ini, saya akan tetap mempertahankan lima ‘tweet’ malam semalam bahawa sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil berskandal, dahsyat dan merupakan batu penghalang kepada pembangunan negara 55 tahun sebelum ini apabila rakyat Malaysia sendiri dikecualikan daripada menghadiri sambutan kemerdekaan yang hanya eksklusif kepada “jemputan BN sahaja” didalam stadium yang berkapasiti 100,000.

Apa yang jelas adalah, pentadbiran Najib nampaknya tidak pernah atau tidakfaham akan kenyataan “The People Are The Boss” dalam satu negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Apakah kos sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil? Adakah Barisan Nasional akan membayar untuk sambutan tersebut daripada dana BN sendiri?

Nampaknya disebabkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terpaksa membayar untuk sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil, maka patutkah mereka diberi layanan sebagai “orang luar”, yang ‘diletakkan’ diluar stadium untuk menyaksikan sambutan daripada empat skrin yang terletak diluar? Daripada menyaksikannya diluar stadium, lebih baik mereka menontonnya dirumah sahaja!

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur