Masa sudah tiba untuk semua rakyat Malaysia sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 sebagai satu entiti rakyat Malaysia

Sambutan Hari Merdeka sepatutnya satu sambutan kebangsaan yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri atau pendirian politik dalam satu usaha menyeluruh untuk pembangunan negara yang akan melahirkan negara yang lebih berdemokratik, adil, berdaya saing dan negara yang makmur – dan mana-mana usaha oleh mana-mana puak untuk merampas erti sebenar sambutan Hari Merdeka yang hanya akan mengakibatkan perpecahan diantara kaum mesti dikecam.

Ramai anak bangsa Malaysia berasa sedih dengan sambutan Hari Merdeka Ke-55 tahun ini bukan kerana perasaan takut akan kadar jenayah di tempat awam mahupun didalam rumah kediaman sendiri tetapi disebabkan suara negatif yang menyemai benih kebencian diantara kaum yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia terutamanya dengan mempropagandakan isu perkauman dan keagamaan.

Sambutan Hari Merdeka adalah satu sambutan kebangsaan bukan untuk mana-mana indivisu, kumpulan, komuniti atau parti politik. Ianya bukan eksklusif bagi Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Ianya untuk semua rakyat Malaysia.

Masa sudah tiba untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri atau pendirian politik untuk sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 sebagai satu entiti rakyat Malaysia untuk menenun bersama dan menentukan masa depan tanahair dimana kebebasan, keadilan, integriti serta pentadbiran yang lebih telus dimartabatkan untuk berkembang di negara ini yang boleh dinikmati oleh semua warganya.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur