Ucapan Ketua DAPSY Selangor Jenice Lee Ying Ha dalam Konvensyen DAPSY Selangor

Salam sejahtera dan selamat petang diucapkan kepada sdr/I yang saya hormati sekalian.

Penubuhan DAPSY & Bahagian DAPSY

Setelah DAPSY National menukarkan Statut DAPSY, saya dan ahli-ahli DAPSY seperti: Cheong Siew Foong, Tiew Wey Keng, Lim Lip Suan, Lim Swee Kuan, Ashwin Raj, Terence Tan, Thomas Goh, Medaline Chang, Edward Ling, Mohamad Samat, Ang Lee Yong, Rajiv, Wai Ko-chi, John Chung, Yap Dong Liong dan Y.B. Ng Suee Lim bersama-sama berusaha untuk menubuhkan DAPSY Selangor dan seterusnya semua bahagian DAPSY.

Kerja ini merupakan kerja yang sangat susah pada masa itu kerana kita semua mula dari kosong dan akaun kosong juga.

Dalam 3 tahun yang lepas kita berjaya menubuh 13 division iaitu Sg. Besar, Kuala Langat, Kapar, Klang, PJU, PJS, Kelana Jaya, Pandan, Ampang, Serdang, Puchong, Hulu Langat dan Sepang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli DAPSY dan Y.B. setempat kerana menghulurkan bantuan dalam penubuhan DAPSY division. Namun demikian terdapat 3 division yang tidak aktif pada tahun ini.

Kita mengalami banyak cabaran dalam menubuh dan memastikan division bergerak. Ini kerana sesiapa yang dipilih sebagai AJK perlu mengeluarkan masa dan tenaga secara sukarelawan untuk membangunkan DAPSY tanpa apa-apa balasan. Tidak ada "Kang Tou".

Oleh itu, untuk mengaktifkan satu division, kerjasama daripada pemimpin DAPSY tempatan atau wakil rakyat amatlah penting dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu DAPSY.

Golongan Orang Muda di Negeri Selangor

Pemuda pemangkin masa depan merupakan tema untuk Konvensyen DAPSY Negeri Selangor kali ini. Di negeri Selangor 45% penduduk yang berumur diantara 18-40. Ia merupakan golongan yang paling dynamik dan paling besar di negeri ini.

Tidak dapat dinafikan pilihanraya yang lepas pengundi baru telah memainkan peranan yang penting dengan memilih kerajaan Pakatan Rakyat. Namun demikian, dalam pilihanraya yang akan datang kita ada pengundi rakyat Malaysia dan juga ramai pengundi orang asing!

Dalam projek penyiasat pengundi yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 2012, lebih daripada 100 ribu pengundi yang tidak dapat dikesan. Ada diantara mereka tidak mempunyai no. ic, tidak ada alamat atau tidak mempunyai butir-butir yang lengkap. Kebanyakan pengundi asing ini adalah berasal dari Indonesia.

Sekarang di negeri Selangor, orang asing yang mempunyai mykard pun boleh menentukan kerajaa dan masa depan Negara kita.

Sama-sama menuntut pilihanraya yang bersih

Oleh sebab senarai pemilih yang tidak bersih rakyat bersama-sama menghadiri perhimpunan Bersih pada 7hb Sept 2011 dan 28hb April 2012 untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Ramai diantara ahli DAP termasuk ahli DAPSY juga menyertai perhimpunan tersebut. DAPSY Selangor bukan sahaja menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil tetapi juga maruah sebagai seorang rakyat Malaysia.

Sebagai satu parti yang bertanggungjawab kami juga menghadiri sesi pendengaran awam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa pilihan Parlimen untuk mereformkan pilihanraya Malaysia. Ramai diantara kita menghadiri sesi tersebut untuk membangkitkan pandangan kita.

Apakah tindakan yang kita boleh lakukan?

Memandangkan banyak isu ketidakadilan dan pengunaan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya apakah tindakan yang kita boleh lakukan? - Message untuk perubahan perlu disampaikan kepada rakyat jelata.

Orang muda yang mahir dalam internet boleh menggunakkan technologi untuk menyebarkan maklumat mengenai perubahan; untuk orang muda yang tidak mahir kita boleh bincangkan isu semasa berjumpa dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.

Orang Muda perlu fikir

Apabila semua orang sebut internet, facebook atau lain-lain media technologi, saya perlu mengingatkan bahawa orang muda jangan percaya segala informasi dari media. Kita perlu memupuk satu sikap untuk fikir dan menganalysasi isu.

Ini disebabkan kemungkinan ada orang keluarkan khabar angin & tuduhan yang tidak betul melalui pelbagai media.

Perlu seorang pemimpin Negara yang mementingkan kebajikan rakyat

Sdr/i sekalian, Negara kita telah lama ditadbir oleh satu barisan selama 55 tahun. BN pandai keluarkan pelbagai slogan seperti Janji Ditepati, Rakyat Diutamakan atau 1 Malaysia. Tetapi pada hakikatnya Janji dijadi capati telah masuk dalam perut, Kroni diutamakan dan 1 Malaysia tetapi layanan berbeza mengikut kaum.

Sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab, kebajikan dan kehidupan rakyat perlu diutamakan. Kebanyakan statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak menunjukkan situasi yang sebenar.

Jurang pendapatan diantara kaya dan miskin amat besar. Ada isteri selalu keluar negeri shopping dan membeli cincin, baju dan bahan mewahan tetapi ramai penduduk yang miskin perlu tunggu kerajaan memberi beras, kebajikan atau duit raya setiap tahun.

Untuk orang muda, kerajaan perlu mengambil perhatian dalam isu peluang pekerjaan, peluang perniagaan, rumah mampu milik, kenaikan bankrupsi di kalangan orang muda, pendidikan yang berkualiti, kemesraan alam sekitar, pusat penjagaan anak supaya wanita muda dapat bekerja, isu inflasi yang membebankan mereka dan juga pembangunan masyarakat yang lestari.

Memandangkan banyak isu ketidakadilan dari segi ekonomi, kekurang upaya dalam pentadbiran negeri , ketidakhormatan dalam hak asasi manusia, apa yang kita boleh lakukan sebagai ahli DAPSY?

DAPSY merupakan satu platform sayap parti untuk melancarkan program atau kempen demi kepentingan rakyat. Dalam beberapa tahun yang lepas kita pernah berkempen untuk banyak kes isu semasa seperti

  1. mengadakan satu lawatan ke SPR untuk perbincangan isu pengundi baru dan kekangan untuk mendaftarkan mereka.

  2. DAPSY Selangor telah menghantar satu rombongan untuk memberi sokongan kepada kumpulan "Anti-Lynas" di perhimpunan hijau "Anti-Lynas" di Kuantan, Pahang.

  3. DAPSY Selangor telah menghantar wakil ke "Parlimentary Select Committee (PSC)" untuk perbincangan dalam hal pembersihan senarai pemilih pilihanraya.

  4. Sempena Hari Wanita sedunia 2012, DAPSY Selangor telah memberikan 1,000 wisel kepada gologan wanita di Stesen LRT Taman Bahagia, Petaling Jaya untuk memberi kesedaran kepada orang awam, terutama golongan wanita tentang keselamatan mereka.

Kita menganjurkan program atau kempen bukan mengira quantity tetapi quality. Kita berharap kempen-kempen kita boleh memberi tekanan kepada kerajaan supaya suara rakyat dapat disampai ke pihak kerajaan melalui platform DAPSY.

Jika DAPSY ingin menjadi satu sayap politik yang berprestasi dan pemimpin masyarakat, setiap ahli DAPSY perlu lebih memahami isu semasa, ideology parti DAP, melengkapkan sendiri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi.

Di dalam parti DAP Selangor kita mempunyai ramai pemimpin atau wakil rakyat yang bawah umur 40.

Secara rumusan:

4 Ahli Parlimen ada 3 dari golongan DAPSY iaitu 75%

12 ADN (ADN Bukit Gasing meninggal dunia) ada 4 dari golongan DAPSY 33.33%

85 orang ahli majlis ada 27 orang dari golongan DAPSY iaitu 31.76%

Itu menunjukkan DAP mempunyai satu composisi orang muda yang cukup dinamik.

Walaubagaimanpun, kita masih berusaha untuk melibatkan atau menggalakkan lagi ramai wanita muda untuk menyertai pimpinan DAPSY supaya keseimbangan jantina dapat dicapai.

Kesimpulan

Saya berharap DAPSY dapat memupuk lagi ramai pemimpin orang muda dan terus menjadi pemimpin dalam masyarakat kursus orang muda, supaya suara orang muda dapat didengar dan dasar-dasar yang memanfaatkan orang muda dapat dilancarkan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Mesyuarat DAPSY Selangor yang selalu bekerjasama dalam perjuangan DAPSY dan sudi meluangkan masa dan tenaga tanpa meminta apa-apa balasan, inilah semangat DAPSY dan saya berharap semangat ini dapat diteruskan dalam perjuangan DAPSY.

Marilah kita sama-sama membangunkan DAPSY dan juga membantu DAP menang dengan keputusan cemerlang dalam pilihanraya yang akan datang.

Salam berjuangan dan sekian terima kasih.

Jenice Lee Ying Ha Ketua DAPSY Selangor & ADUN Kawasan Teratai