Ucapan Chong Eng dalam sesi pembentangan Bajet 2013

Saya menyeru Dato' Seri Najib meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas ketidakpekaannya terhadap isu-isu wanita.

"Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib telah menghabiskan kebanyakan masanya dalam urusan rasmi kedua-dua kementerian, dia tidak mungkin mempunyai masa lebihan untuk memainkan peranannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh itu, saya menyeru Najib meletakkan jatawan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat".

"Tambahan pula, melalui ucapan yang diberikan oleh Najib dalam majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-50 yang mengatakan "Pergerakan hak wanita tak perlu di Malaysia" menunjukkan ketidakpekaannya dalam isu-isu wanita."

Kerajaan menyediakan perkhidmatan jagaan kanak-kanak adalah dasar yang paling berkesan dalam membantu kaum ibu yang bekerja. Tetapi malangnya, perkhidmatan jagaan kanak-kanak tidak dinyatakan dalam bajet 2013 yang dibentangkan oleh Najib pada hari Jumaat yang lepas.

Walaubagaimanapun, saya bersetuju dengan rancangan Program Pengarah Wanita yang dinyatakan dalam bajet 2013 yang bertujuan melatih 500 wanita untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat swasta. Program ini akan menambahkan bilangan golongan wanita dalam lembaga pengarah di syarikat swasta.

"Saya bercadang pihak berkuasa mengumumkan syarat-syarat penyertaan program ini secara terperinci kepada orang awam bagi mengelakkan program ini dikatakan hanya bermanfaat pemimpin-pemimpin wanita daripada UMNO sahaja."

Program Pengarah Wanita ini harus dirangkumi dengan unsur pengenalan keadilan gender, ini akan membantu pemimpin-pemimpin wanita yang dilatih bawah program ini dapat berfikir dan membuat keputusan dari segi keadilan gender. Ini akan menjamin keputusan yang dibuat dalam lembaga pengarah adalah adil dan saksama kepada semua orang.

Tujuan pengenalan program pengarah wanita ini adalah bertujuan untuk menambah bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah. Oleh itu, dalam bajet 2013 juga harus mengenalkan program menteri wanita, kerana kini kerajaan Barisan National hanya mempunyai seorang menteri wanita sahaja, jawatan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bukan dipangku oleh wanita!

Kabinet sidang lepas mempunyai 3 orang menteri wanita, tetapi kabinet sidang terkini yang dipimpin oleh Najib hanya mempunyai seorang menteri wanita sahaja, bilangan menteri wanita tidak bertambah malah berkurang. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan Barisan Nasioanl di bawah kepimpinan Najib!

Terdapat ahli parlimen wanita dari Barisan Nasional yang berkelayakan dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau berpendapat Datuk Halimah Binti Mohd. Sadique, ahli parlimen kawasan Tenggara dari Johor mempunyai kelayakan untuk dilantik sebagai menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sekiranya sebab Najib tidak melantik mereka mengantikan Shahrizat adalah disebabkan masalah dalaman UMNO, maka dia boleh melantik dari kalangan pejuang-pejuang hak wanita. Ini kerana dalam organisasi pergerakan hak wanita dan bidang akademik, terdapat ramai pemimpin yang layak dan mampu memegang jawatan menteri.

Chong Eng Pengerusi Wanita DAP Kebangsaan & Ahli Parlimen Kawasan Bukit Mertajam