Di manakah kebencian semulajadi Najib terhadap korupsi?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengundang kejutan pada negara dan antarabangsa apabila di dalam satu jawapan bertulis Parlimen menjawab Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chan, beliau mengatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara menyatakan RM40 juta yang ditemui bersama seorang ahli perniagaan Sabah ketika ditahan kerana cuba menyeludupnya masuk ke Malaysia daripada Hong Kong, merupakan sumbangan politik kepada UMNO Sabah bukannya untuk Ketua Menteri Musa Aman. Dengan itu tiada "unsur rasuah dapat dibuktikan".

Pada 22 Ogos 2008, pegawai-pegawai DAP Sabah yang terdiri daripada Ahli Parlimen DAP bagi Kota Kinabalu, Hiew King Cheu, Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Sabah untuk Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin dan ketua DAP Sabah Edward Mujie membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk menuntut Biro Pencegahan Rasuah (sebelum diganti dengan SPRM) menyiasat pertuduhan yang muncul di dada-dada akhbar dan internet tentang rampasan S$16 juta serta penahanan Michael Chia, teman rapat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos, 2008 atas pertuduhan pengedaran dan pelaburan wang haram sebelum menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur.

Empat tahun selepas kejadian itu, rakyat Sabah dan Malaysia ini diminta mempercayai yang RM40 itu bukan untuk "kegunaan peribadi" Musa tetapi untuk UMNO Sabah - bertentangan dengan laporan media ketika Chia memberitahu pihak berkuasa Hong Kong duit yang dibawanya milik Musa.

Baru sahaja minggu lepas sewaktu perasmian Persidangan ke-6 dan mesyuarat agung Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa (IAACA) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkhutbah kepada masyarakat angtarabangsa betapa pentingnya menanam "kebencian semulajadi" ke dalam nurani masyarakat dalam perang ke atas rasuah.

Selepas mengambil pendirian berakhlak di persidangan IAACA, dengan menekankan peranan penting mereka yang berada di tampuk kuasa dan autoriti untuk mencontohi dan mempamerkan "nilai betul" untuk membanteras rasuah, Najib telah menyemarakkan rasa tidak percaya rakyat Sabah dan Malaysia kerana semua bertanyakan satu soalan:

Di manakah "kebencian semulajadi" Najib terhadap korupsi apabila sebagai Perdana Menteri beliau tidak peduli tentang "wang gelap" RM40 juta yang cuba diseludup masuk ke dalam Malaysia - sama ada untuk Ketua Menteri Sabah ataupun UMNO Sabah?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur