Ujian kecekalan politik diantara Najib dan Taib – “siapa akan bertahan lebih lama?”

Ini merupakan ‘tweet’ baru saya “Bau mula terkenal selepas Pandelela Rinong, seorang Bidayuh dari Bau yang telah memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik di London dalam acara terjun. Kini, biar Bau mengukir sejarah dalam Pilihanraya Umum Ke-13 bagi Pakatan Rakyat”.

Merentasi tanahair, termasuklah di Bau, rakyat Malaysia sudah menunggu dua tahun untuk Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan dengan jangkaan tarikh 11.11.2011 atau “11.11.11” dengan nombor 11 sebagai pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaubagaimanapun, ada seorang yang masih belum bersedia lagi - dengan satu skandal yang menular skandal yang lain, seperti skandal “Lembu di Kondo” RM250 juta atau satu demi satu kecelakaan perhubungan awam seperti perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, Bersih 3.0 pada 28 April 2012, dan baru-baru ini dengan dua Ahli Parlimen Sabah yang telah berpaling tadah terhadap BN akhir bulan Julai yang telah menyebabkan Najib berbolak-balik dan kian menangguh tarikh PRU.

Ini semua adalah kesan fobia Najib serta keyakinannya yang menjunan untuk mengetuai UMNO/BN meraih kemenangan dalam PRU13 nanti.

Kini, fokus spekulasi tarikh PRU13 kembali keatas nombor kegemaran Najib, “11” – bulan November tahun ini, dari 3 Nov sehingga 29 Nov. Bulan November kini merupakan satu musim yang lebih kredibel yang telah mendapat restu Perdana Menteri yang sebenar, Tun Dr Mahathir untuk mengadakan pilihanraya dalam bulan November walaupun telah memberi amaran bahawa sekiranya UMNO tidak bersedia menghadapi PRU13, maka akibatnya amat mengerikan.

Tetapi samada PRU13 diadakan dalam November atau tidak, masa tidak memihak kepada Najib. Dibawah Perlembagaan Persekutuan, Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 27 April 2013, atau dalam tempoh kurang dari lapan bulan – contohnya, lima tahun daripada sidang Parlimen pertama pada 28 April 2008 – dengan pilihanraya baru yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Salah satu akibat yang mungkin perlu diambil kira diatas sikap Najib yang berbolak-balik dan penangguhan tarikh pilihanraya umum adalah ketidakmampuan Najib untuk menentukan satu jangkamasa bagi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud untuk melepaskan jawatannya.

Pelaburan politik yang Najib usahakan untuk memastikan Taib bersetuju dengan satu jangkamasa untuk memberikan mandat memerintah Sarawak sebagai Ketua Menteri sebelum Pilihanraya Negeri pada 16 April 2011.

Sebagai contoh, pada 19 Mac 2011, Najib telah membuat pengumuman di Serian bahawa Taib akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri pada masa yang sesuai, dan bahawa pihak beliau dan Taib telah mencapai satu keputusan akan masa yang sesuai untuk peralihan kuasa berlaku.

Kata Najib: “Biar saya dan Ketua Menteri membuat perancangan untuk memastikan kejayaan Sarawak. Kami tahu akan masa yang sesuai untuk membawa perubahan di Sarawak. Kami tahu dan kami memberi jaminan kesediaan Ketua Menteri.

"Sampai masanya, beliau akan melepaskan jawatannya dan kami faham sepenuhnya masa untuk peralihan ini berlaku.”

Tiga minggu selepas itu, Najib mengeluarkan kenyataan yang lebih spesifik kepada pengundi Sarawak, dengan menawarkan janji dalam satu majlis pilihanraya Barisan Nasional di Kuching bahawa Taib akan melepaskan jawatannya seperti yang telah dijanjikan iaitu: “Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri dan beliau telah bersetuju untuk perubahan tunggak kuasa di Sarawak. Percayalah saya, sampai masa yang sesuai ia akan berlaku.”

Apabila ditanya bilakah masa yang kononya sesuai itu, Taib berdalih walaupun akhirnya telah menentapkan “dua tahun” sebagai jangkamasa beliau melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihanraya negeri pada 16 April 2011.

Tempoh masa dua tahun ini bagi Taib meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak akan berakhir dalam tujuh bulan lagi tetapi sehingga kini tiada apa-apa petunjuk yang menunjukkan beliau akan memenuhi janji bersama Najib untuk membawa satu peralihan kuasa di Sarawak.

Malah, semua petunjuk menunjukkan sebaliknya, dan Taib nampaknya amak selesa untuk memegang jawatannya sebagai Ketua Menteri sehingga tamat tempoh yang sah. Ini menjelaskan ucapannya awal hari ini bahawa peralihan kuasa yang segera tidak perlu kerana warga Sarawak kini sedang menikmati “keamanan, kestabilan politik dan pembangunan yang terancang.”

Nampaknya, ucapan Taib hari ini khas untuk Najib menilai, dengan satu pesanan yang kukuh bahawa beliau tiada hasrat untuk menunaikan kesefahamannya bersama Perdana Menteri dengan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Ujian kecekalan politik diantara Taib dan Najib kini menggunung, dengan tindakan Taib yang ‘memperli’ Perdana Menteri, serta menyangkal Najib untuk melihat siapa yang akan muncul sebagai ‘juara bertahan’ dalam medan politik. Taib nampaknya yakin bahawa Najib merupakan seorang yang lemah untuk menguatkuasakan persefahaman sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak 416 bahawa beliau hanya akan berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak bagi tempoh dua tahun lagi.

Najib akan mengetuai barisan Kabinet ke Bintulu untuk sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Sambutan ini juga adalah satu majlis untuk memberi klarifikasi samada persefahaman diantara Najib dan Taib bahawa Taib akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam tempoh dua tahun atau samada ianya satu kisah Nujum Pak Belalang!

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur