Teliti Perkara 18 untuk mengakhiri sumpah yang membelenggu negeri Sarawak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetuai barisan Kabinet ke Bintulu pada 16 September untuk menyambut Hari Malaysia Ke-49.

Saya masih ingat lagi dalam sambutan Hari Merdeka Ke-51 pada 31 Ogos 2008, saya mengulangi pendirian saya bahawa Hari Malaysia pada 16 September harus dinobatkan sebagai satu cuti sambutan kebangsaan, yang bererti Malaysia akan menyambut dua sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun – pada 31 Ogos sebagai Hari Merdeka untuk menyambut Kemerdekaan dan Kebebasan Malaya pada 1957 dan 16 September sebagai Hari Malaysia untuk menyambut pembentukan Persekutuan Malaysia bersama Sbah dan Sarawak.

Hanya dalam tahun 2009 sahaja, Perdana Menteri Datuk Seri Najib membuat pengumuman pada sambutan Hari Malaysia akan dinobatkan sebagai cuti kebangsaan dari tahun 2010 – satu contoh perubahan yang mampu diperjuangkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat walaupun masih dibawah paying pembangkang, tidak kira di Sarawak atau di Sabah.

Selepas 49 tahun di Malaysia, Sarawak dibelenggu sumpahan Rasuah, Ketidakadilan Hak Tanah Adat, Pembangunan Infrastruktur yang merosot dan Pelanggaran Borneonisasi. (CLIB – corruption, Land (NCR) injustices, Infrastructure (backwardness) and Borneanisation (breach)).

1. Rasuah

Walaupun usaha memerangi rasuah merupakan salah satu daripada keutamaan enam perkara dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang termaktub dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP), keadaan rasuah di Malaysia telah merosot dalam tiga tahun ini seperti yang didedahkan oleh laporan tahunan Indeks Persepsi Rasuah “Transparency International” (Transparency International’s Corruption Perception Index).

Di Malaysia, Sarawak merupakan salah satu negeri teratas dimana rasuah berleluasa dan sukar diatasi.

Setakat ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (MACC) masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan penyiasatan tuduhan serius rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Ini merupakan sebab utama mengapa rasuah bermaharajalela sebagai salah satu masalah utama di Sarawak selapas 49 tahun yang membawa kepada tema ceramah malam ini iaitu: “Kerajaan Bersih – Harapan Kita”.

2. Ketidakadilan Hak Tanah Adat (NCR)

Isu kedua yang paling penting di Sarawak selama lima dekad selepas pembentukan Persekutuan Malaysia adalah nasib kaum Dayak di sarawak diatas masalah Hak Tanah Adat (NCR)

Kata Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Linto Albert dalam keputusannya dalam kes Hak Tanah Adat “Pantu”: “Ini merupakan laungan tangisan untuk keadilan kerana ia tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima sebagai fitrah kehidupan”!

Saya mengesahkan kenyataan oleh Pengerusi DAP Negeri Sarawak, Ahli Parlimen bagi Sibu dan ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng bahawa “dalam negeri yang terbesar di Malaysia, tiada sesiapapun di Sarawak patut merebut untuk tanah”, akan tetapi prinsip ini hanya boleh dikuatkuasakan oleh Pakatan Rakyat dan bukan Barisan Nasional.

3. Kemerosotan Infrastruktur

Seperti negeri Sabah, yang mana telah saya jelajahi dalam lawatan empat-hari kedalam kawasan pedalaman Sabah, salah satu keperitan yang dihadapi warga Sarawak adalah kegagalan untuk menyediakan infrastruktur asas seperti jalanraya, air berpaip dan bekalan elektrik.

Kedua-dua Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan sumber asli, samada minyak, gas atau kayu akan tetapi kekayaan ini telah dirampas oleh pemimpin BN serta kroni mereka daripada dikembalikan kepada rakyatnya untuk dinikmati bersama – bukan seperti yang dapat dilihat dalam banyak kawasan di kedua-dua negeri ini dimana wujud paip air tanpa air atau tiang eletrik tanpa bekalan elektrik.

4. Pelanggaran Borneonisasi

Kegagalan Barisan Nasional untuk menghormati “Borneonisasi” yang termaktub dalam Persetujuan 18 Perkara yang telah ditekankan oleh cadangan Tun Zaki Azmi, Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam untuk menurunkan syarat keperluan bagi kaum Dayak dan golongan etnik minor untuk direkrut kedalam sektor perkhidmatan awam untuk meneliti ketidakseimbangan komposisi pecahan kaum didalam barisan perkhidmatan awam.

Cadangan Zaki telah dibelasah oleh pemimpin Dayak dari kedua-dua pihak politik yang berlainan dan dianggap sebagai satu sindiran komuniti Dayak, diatas tanggapan bahawa bilangan warga Dayak dan golingan minoriti yang berkelulusan adalah mencukupi, akan tetapi masalah sebenar adalah ketiadaan meritokrasi bukan sahaja dalam usaha perekrutan serta promosi dalam sektor perkhidmatan awam.

Zaki patut dipuji kerana telah mengetengahkan kegagalan Barisan Nasional untuk mengimplimentasi Borneonisasi seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 18 Perkara dalam tempoh lima dekad ini, yang telah mengakibatkan kesengsaraan, peminggiran serta diskriminasi oleh kaum Dayak dan golongan etnik minor yang berhubung dengan sektor perkhidmatan awam.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan sambutan Hari Malaysia Ke-49 “Janji Ditepati” tetapi apa yang jelas dilihat di Sarawak, bukan sahaja janji-janji dalam pembentukan Malaysia 49 tahun yang lalu belum lagi ditunaikan bukan sahaja dalam empat contoh ini tetapi dalam kawasan-kawasan yang lain jua.

Perjanjian 18 Perkara harus dikaji semula untuk mengakhiri sumpahan negeri Sarawak - Rasuah, Ketidakadilan Hak Tanah Adat, Pembangunan Infrastruktur yang merosot dan Pelanggaran Borneonisasi.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur