Tiada gunannya Dato Seri Najib Razak menandatangani akujanji integriti jika beliau tidak mampu melakukan pengisytiharan harta secara umum, tender terbuka secara kompetitif serta memulangkan kembali serta berhenti menggunakan kapal terbang, helikopter serta kenderaan-kenderaan milik Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Sementara Najib Abdul Razak telah berakujanji untuk menentang rasuah dalam Manifesto Pilihanraya Umum ke-13 BN dengan mengemukakan niat untuk membuat lebih banyak mahkamah khas bagi pendakwaan rasuah dan membenarkan pendedahan yang lebih meluas kepada umum tentang kontrak kerajaan, namun ini semua tidak bermakna sekiranya beliau gagal untuk menunjukkan komitmen beliau dengan mengembalikan penggunaan kapal terbang, helikopter dan kenderaan-kenderaan milik negara kepada Kerajaan Malaysia.

Apalah gunanya mendirikan mahkamah khas untuk mengendalikan kes rasuah sekiranya ia sekadar bertujuan menjadi perhiasan dan wujudnya ��double standard�� apabila mereka yang berkedudukan tinggi tidak dihukum apabila melanggar undang-undang anti-rasuah? Kegagalan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membidas serangan-serangan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud terhadap mereka yang dituduhnya tidak jujur dan ��nakal�� adalah amat mengejutkan.

Perbuatan seorang Ketua Menteri untuk enggan bekerjasama dengan pihak SPRM dalam siasatan rasuah terhadap beliau adalah sebuah pelanggaran serius terhadap tanggungjawab undang-undang dan tugas beliau. Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan untuk memberi kerjasama kepada pihak SPRM apabila seseorang individu disiasat boleh menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk kenyataannya yang memalukan itu hanya memperlihatkan kegagalan beliau untuk menepati janjinya yang konon mahu bertindak tanpa sebarang rasa takut atau memihak. Sebelum ini pun Najib telah memungkiri janjinya untuk meminta Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersara.

Tidak ada makna bagi Najib untuk menandatangani akujanji integriti seandainya beliau enggan menepati enam langkah integriti yang berikut bagi membasmi rasuah dan membina sebuah kerajaan yang bersih dan telus.

  1. Melaksanakan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Perdana Menteri, Menteri-menteri, Ketua Menteri dan ahli EXCO yang diperiksa oleh sebuah firma perakaunan antarabangsa.

  2. Melaksanakan tender terbuka yang kompetitif.

  3. Menghalang ahli keluarga daripada terlibat dalam kontrak-kontrak kerajaan.

  4. Melindungi pemberi maklumat tulen.

  5. Menggugurkan pemimpin yang bergaya hidup mewah.

  6. Telus tentang sumbangan dan derma politik.

Rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada kejayaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membanteras gejala rasuah dengan lebihan RM150 juta dalam bentuk pemberian tunai dan peningkatan 55% dalam perbelanjaan pembangunan untuk membina infrastruktur asas. Tambahan kepada itu, pentadbiran yang bersih membenarkan Pulau Pinang untuk menjadi negeri pertama dalam negara untuk membasmi kemiskinan tegar dengan memastikan setiap isi rumah membawa pulang pendapatan bulanan sebanyak RM770 sebulan. Keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM770 akan ditambahkan bakinya oleh Kerajaan Negeri pada setiap bulan. Dengan kata lain, sebuah keluarga yang mempunya pendapat bulanan RM600 akan menerima RM170 sebulan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

28 juta Rakyat Ekonomi Kelas Ketiga

Rasuah telah mengubah 28 juta rakyat Malaysia menjadi rakyat ekonomi kelas ketiga. Rakyat ekonomi kelas pertama adalah pemimpin-pemimpin Barisan nasional manakala yang berada dalam kelas kedua ialah kroni dan pengikut Barisan Nasional. Orang Melayu telah dijadikan warga ekonomi kelas ketiga hasil daripada skandal kewangan seperti skandal saham bumiputera bernilai RM52 bilion. Saham bernilai RM54 bilion telah diperuntukkan untuk warganegara bumiputera namun tidak seorang pun rakyat Melayu biasa atau orang bumiputera dari Sabah dan Sarawak yang menerima walau satu saham, dan kini hanya tinggal saham bernilai RM2 bilion sahaja.

Sehingga hari ini, kerajaan BN telah enggan menyiasat kehilangan saham bumiputera bernilai RM52 bilion tersebut. Apabila Pakatan Rakyat memenangi kuasa, suatu siasatan terperinci akan dilaksanakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dan saham-saham tersebut akan dikembalikan kepada orang Melayu dan Bumiputera miskin di Malaysia Timur.

Orang Cina juga telah menjadi warga ekonomi kelas ketiga, dengan terpaksa memberi dana kepada sekolah-sekolah Cina ketika Menteri MCA dan pemimpin BN lebih berminat dengan skandal Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) bernilai RM13.85 bilion. Manakala kaum India pula menjadi warga ekonomi kelas ketiga dengan keadaan skandal MAIKA yang masih tidak selesai. Siasatan penuh terhadap skandal-skandal ini pasti akan dilaksanakan demi memulangkan semula wang ini kepada komuniti Cina dan India yang terlibat.

Sabah dan Sarawak, dua negeri yang paling kaya sumber asli di Malaysia, turut memiliki kadar kemiskinan tertinggi kerana pemimpinnya lebih berminat memperkayakan diri sendiri dan ahli keluarga. Pendedahan aliran keluar wang haram bernilai RM871 bilion di antara tahun 2001 ke 2010 oleh pemerhati kewangan yang berpusat si Washington, Global Financial Integrity pada tahun 2012 menunjukkan bagaimana rakyat telah menanggung kerugian disebabkan ketirisan tersebut �C dengan RM31,000 bagi setiap seorang rakyat Malaysia.

Tiada gunannya Dato Seri Najib Razak menandatangani akujanji integriti atau pun membina mahkamah khas untuk mengendalikan kes rasuah jika beliau tidak mampu melakukan pengisytiharan harta secara umum, tender terbuka secara kompetitif serta memulangkan kembali serta berhenti menggunakan kapal terbang, helikopter serta kenderaan-kenderaan milik Kerajaan Malaysia.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP