Bank Negara patut mengembalikan semula tempoh pinjaman hartanah untuk pembeli kali pertama sehingga 45 tahun

DAP menyeru Bank Negara supaya mengembalikan tempoh pinjaman hartanah untuk pembeli kali pertama sehingga tempoh maksima 45 tahun yang mesti ditawarkan bank, serta menumpukan terhadap usaha mengehadkan pinjaman kenderaan bagi menurunkan hutang isi rumah yang kini berada pada kadar 83% daripada KDNK, kedua tertinggi di Asia. Sementara Bank Negara mungkin berpendapat bahawa mengenakan syarat lebih ketat untuk pinjaman isi rumah itu penting untuk menurunkan hutang isi rumah, fokus sepatutnya diberikan terhadap pinjaman kereta dan bukan pinjaman perumahan.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah menyebut sebagai perbandingan bahawa, kadar pinjaman isi rumah Thailand adalah pada 30%, Indonedia 15.7%, Hong Kong 58%, Taiwan 82%, Jepun 75% dan Singapura 67%. Hanya Amerika Syarikat pada kadar 91.7%, United Kingom 114%, Australia 113%, Nw Zealand 91% dan Korea Selatan 91% yang mempunyai kadar hutang isi rumah yang tinggi berbanding KDNK.

Tiga penyumbang terbesar terhadap hutang isu rumah setakat April 2013 adalah, pinjaman perumahan sebanyak RM316.2 bilion, pinjaman kereta sebanyak RM145 bilion, pinjaman peribadi sebanyak RM55.8 bilion dan hutang kad kredit sebanyak RM32.3 bilion. Dengan kata lain, pinjaman kenderaan membentuk sekitar 20% daripada jumlah hutang isi rumah seluruh Malaysia. Fokus seharusnya diletakkan untuk mengurangkan pinjaman tidak perlu berbanding keperluan asas perumahan.

Membeli rumah adalah lebih penting daripada membeli kereta. Sekatan terhadap pinjaman hartanah, terutama sekali pembeli kali pertama akan menafikan mereka daripada memiliki aspirasi asas untuk mempunyai tempat untuk berteduh yang diduduki oleh pemilik. Dengan memberi fokus kepada sekatan terhadap pinjaman kenderaan, adalah diharapkan supaya hutang isi rumah, milikan kenderaan dan kesesakan lalulintas dapat dikurangkan.

Di bawah peraturan Bank Negara yang baru, untuk mengurangkan hutang isi rumah dalam negara, pembeli hartanah kini boleh mengambil pinjaman sehingga 35 tahun berbanding 45 tahun sebelum ini, sementara pinjaman peribadi boleh dibayar semula dalam tempoh 10 tahun berbanding 25 tahun.

Walaupun adalah amat perlu bagi Malaysia menurunkan kadar hutang isi rumah kepada KDNK yang kini sebanyak 83% , mengehadkan pinjaman kenderaan adalah lebih mampan berbanding mengehadkan pinjaman perumahan. Janganlah kita menafikan generasi muda daripada memiliki rumah mereka sendiri di saat harga rumah yang kian melambung beserta sekatan baru dalam pinjaman perumahan bergabung untuk menjadikan impian mereka memiliki rumah mustahil menjadi kenyataan.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan