Dengan menafi dan menghancurkan masa depan pelajar-pelajar terbaik, Malaysia juga memusnahkan masa depan penuh kecemerlangan serta harapan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi

DAP mesti menumpukan usaha untuk menyediakan visi alternatif yang jelas ke arah pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang boleh dinikmati oleh kesemua rakyat Malaysia dan bukannya dialihkan perhatian dengan penipuan jahat UMNO yang bertujuan memecahbelahkan Malaysia melalui ketakutan dan kebencian. Sebagai pergerakan demokrasi sosial, DAP sentiasa memberi keutamaan kepada polisi perlindungan sosial terutamanya dalam aspek kesihatan, pendidikan dan bantuan kebajikan untuk golongan fakir miskin dalam masyarakat.

Bagaimana pun, polisi perlindungan sosial yang sedemikian tidak boleh didanai mahupun diteruskan sekiranya ia tidak disokong oleh polisi yang menggalakkan pertumbuhan dan kemakmuran. Untuk tujuan ini, mengatasi ketidaksamarataan semata-mata tidak mampu menghasilkan pertumbuhan. Tidak boleh dinafikan bahawa pertumbuhan ekonomi bergantung kepada beberapa syarat asas termasuklah kedaulatan undang-undang, ketelusan dan akauntabiliti, kurangnya peraturan dan birokrasi yang rumit, pentadbiran yang baik dan bersih serta bekalan tenaga bakat manusia daripada sistem pendidikan yang berkualiti. Inilah model yang akan diikuti oleh DAP.

Bagi menjulang integriti dalam penradbiran kerajaan, CEC DAP menyokong keputusan bahawa pemimpin DAP di dalam kerajaan mesti menhisytiharkan harta secara terbuka. Melihat kepada keadaan Kerajaan Negeri Selangor yang tidak mahu mengikut keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengisytihar harta peribadi semua ahli EXCO, Speaker dan Ketua Menteri; DAP telah mengarahkan 3 ahli EXCO Selangor serta Speaker DUN Selangor untuk mengisytiharkan harta dengan kerelaan mereka sendiri. Pengerusi DAP Negeri Selangor, Teresa Kok akan ditugaskan untuk mengaturkan masa dan cara untuk tiga EXCO Selangor dari DAP bersama Speaker yang juga dari DAP untuk melakukan perisytiharan harta mereka kepada umum.

Daripada menumpukan tentang soal asas pertumbuhan ekonomi, UMNO lebih memberi fokus kepada soal menyebarkan penipuan. DAP tidak faham bagaimana dalam bulan Ramadan yang suci ini, Ahli Parlimen UMNO boleh berbuat dosa dengan berbohong secara terang-ternagan bahawa DAP kononnya berada di sebalik video blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghina Islam dan kononnya pula Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chien Jen turut terlibat dalam pembikinan video sex pasangan itu sebelum ini.

Ambillah tindakan terhadap kedua-duanya kerana menghina Islam tetapi jangan pula bertindak "double standard" dan pendakwaan terpilih apabila gagal bertindak terhadap mereka yang menghina agama lain, seperti Presiden Perkara Ibrahim Ali yang mahu membakar kitat Bible, pensyarah universiti Ridhuan Tee Abdullah dan calon parlimen Shah Alam UMNO, Zulkifli Noordin kerana membuat kenyataan menghina agama Hindu.

Daripada membazir masa dengan dua budak muda pendek akal ini, UMNO sepatutnya memberi tumpuan kepada anak-anak muda cerdik pandai yang tidak mendapat tempat di IPT tempatan untuk bidang yang mereka pilih, meskipun menjadi pelajar cemerlang dengan markah maksima. Alasan Kementerian Pendidikan bahawa pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat CGPA maksima 4.0 tidak mendapat tempat untuk kursus yang mereka mahu kerana mereka salah mengisi borang adalah sangat mengarut dan tidak boleh diterima.

Kementerian Pendidikan tidak sepatutnya merendahkan tahap pemikiran mereka ke tahap intelek Ahli Parlimen UMNO dengan melakukan jenaka yang sebegitu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mesti mengotakan jaminannya bahawa pelajar cemerlang akan mendapat tempat di universiti, jika tidak BN akan dihina, bukan sahaja sekarang malah oleh generasi akan datang sebagai kerajaan yang biasa-biasa sahaja yang memberi anugerah kepada prestasi yang buruk dan bukan kepada mereka yang mempunyai pencapaian terbaik.

Dengan menafi dan menghancurkan masa depan pelajar-pelajar terbaik, Malaysia juga memusnahkan masa depan penuh kecemerlangan serta harapan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan