Kabinet mesti menolak sokongan Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap ��hak�� Presiden Perkasa, Ibrahim Ali untuk membakar Bible

Kabinet mesti menolak sokongan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap ��hak�� Presiden Perkasa, Ibrahim Ali untuk membakar Bible; jika tidak ia mesti dikecam sebagai Kabinet yang gagal mewakili seluruh rakyat Malaysia. Abdul Rahman telah berkata bahawa Ibrahim telah pun menjelaskan kenyataannya hanyalah bertujuan membetulkan kesilapan cetak kitab Bible tersebut, dan membakarnya adalah jalan terbaik sama seperti apabila umat Islam membakar naskhah Al-Quran yang tersalah cetak.

Ini adalah kenyataan yang amat mengejutkan. Bagaimana boleh diterima apabila seorang rasis dan pelampau seperti Ibrahim Ali mahu membakar Bibel sebagai usaha untuk membetulkan kitab itu? Seperti mana orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan membakar kitab suci agama lain, Ibrahim Ali tidak patut dibenarkan membakar kitab Bible terutamanya apabila ia mahu dilakukan sebagai tanda protes terhadap agama Kristian.

Tidak ada sesiapa yang boleh memahami logik dan rasional kenyataan Abdul Rahman bahawa Ibrahim Ali menyuruh bakar kitab Bible yang mengandungi kalimah ��Allah�� tidak boleh dibanding dengan kes terhadap pasangan pemblog lucah Alvin Tan dan Vivian Lee kerana menyinggung perasaan umat Islam. Dengan kegagalan untuk bertindak ke atas Ibrahim Ali, kita hanya boleh membuat kesimpulan bahawa penghinaan terhadap agama selain Islam adalah dibenarkan.

DAP menyokong tindakan terhadap pasangan tersebut kerana mereka menghina agama lain, namun mengapa pula ancaman seseorang yang anti-bukan Islam dan anti-bukan Melayu seperti Ibrahim Ali untuk membakar kitab Bible tidak boleh dihukum dengan cara serupa kerana menggugat keharmonian antara agama? Tindakan Abdul Rahman menyatakan bahawa ancaman Ibrahim Ali untuk membakar Bible sebagai sesuatu yang normal jelas memperlihatkan bahawa kedua-duanya berkongsi pemikiran yang anti-bukan Islam, dan secara jelas telah mengkuburkan konsep 1Malaysia Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia juga turut mempersoalkan kenapa pasangan anak muda itu boleh dihukum di atas apa yang mereka siarkan di Facebook, tetapi calon BN di Shah Alam Zulkifli Noordin yang membuat kenyataan anti-Hindu di YouTube tidak pula dihukum? Jelas sekali BN mengamalkan ��double standard�� serta pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum kenyataan anti-Islam tetapi bukan kenyataan anti-bukan Islam.

Apa yang penting sekarang ialah sama ada pihak Kabinet (Islam dan bukan Islam) akan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang begitu mengejutkan daripada menteri baru dari Sabah itu yang langsung tidak menghormati masyarakat Kristian dan bukan Islam. Bolehkah ahli Kabinet, terutamanya menteri yang bukan beragama Islam, menerima pandangan Abdul Rahman yang rasis dan melampau bahawa penghinaan terhadap agama lain adalah sesuatu yang normal?

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Bagan