Malaysia tidak perlu ikut Model Singapura untuk mengawal portal berita online

Malaysia tidak perlu mengikut model Singapura untuk mengawal mana-mana laman web kerana ia melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang menjamin tiada penapisan internet. DAP kesal dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek yang memulakan khidmat beliau dengan memungkiri janji BN supaya tidak akan menapis internet untuk mengawal mana-mana laman web. Di mana 'Janji Ditepati' BN?

Ahmad Shabery perlu memberi kebebasan kepada media dan akhbar dan bukannya cuba untuk terus mematahkan mana-mana ruang yang mengehadkan kebebasan akhbar yang terdapat dalam internet. Kenapa Malaysia perlu mengikuti Singapura dalam mengawal mana-mana laman web apabila kebebasan akhbar di Singapura lebih teruk?

Menurut Reporters Without Borders, Malaysia jatuh 23 tempat pada 2012 dari tempat ke-145 tahun ini dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2013 kerana "akses kepada maklumat menjadi lebih dan lebih terhad". Reporters Without Borders berkata bahawa 'rekod buruk' Malaysia adalah disebabkan usaha-usaha berulang kerajaan untuk menapis maklumat.

"Walaupun perjuangan habis-habisan oleh aktivis dan media atas talian (online), kempen penindasan oleh kerajaan, digambarkan oleh tindakan keras dalam protes 'Bersih 3.0' pada April lalu, dan usaha penapisan berulang, akan terus menjejaskan kebebasan asas, khususnya hak untuk memperoleh maklumat".

Hanya Singapura yang lebih teruk berbanding Malaysia iaitu di tempat ke-149. Adakah Malaysia ingin dibandingkan dengan yang lebih baik atau lebih buruk?

Seperti yang dianggap Ahmad Shabery, portal berita atas talian adalah media arus perdana, beliau mahu mengawalnya seperti BN menguasai media arus perdana itu. Ini menunjukkan agenda utama BN selepas portal berita atas talian dituduh menyebabkan BN kalah undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya umum 2013.

BN menyalahkan semua orang kecuali diri mereka sendiri untuk kekalahan bersejarah ini, daripada masyarakat Cina kepada portal berita atas talian, apabila PR menang 51% undi popular berbanding BN 47% atau 385,899 lebihan undi daripada BN. Peratusan itu dicadangkan bukan kemajuan tetapi kemunduran.

Ahmad Shabery tidak memberangsangkan dalam melaksanakan tugas beliau seperti sebelum ini sebagai Menteri Penerangan dan kemudian Menteri Belia dan Sukan, kerana dia tidak mempunyai pencapaian yang cemerlang untuk ditunjukkan. Walau bagaimanapun, cadangan beliau untuk mengawal internet menunjukkan bahawa beliau adalah lebih teruk daripada Tan Sri Rais Yatim kerana gagal mengambil perspektif nasional dan antarabangsa serta memenuhi kehendak kawasan UMNO dalam persediaan untuk pilihanraya parti UMNO akhir tahun ini.

Bagaimanakah Boleh Tayangan Filem Berunsurkan Kebencian Perkauman Pada Rusuhan 13 Mei "Tanda Putera" Disamakan Dengan Seruan Datuk Seri Najib Tun Razak Untuk Keharmonian Negara Dan Negara Maju Ke Hadapan Dengan Kurangnya Mainan Politik?

Satu lagi bukti bahawa keputusan Ahmad Shabery adalah lebih teruk daripada Tan Sri Rais Yatim apabila beliau membenarkan filem kebencian perkauman "Tanda Putera" ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 29 Ogos ini. Filem ini adalah filem kebencian perkauman pada 13 Mei 1969, ketidakpuasan dan ekstremis dan sekali lagi menyalahkan bukan Melayu yang mencetus rusuhan 13 Mei.

Ia juga mengandungi pembohongan berniat jahat terhadap pemimpin-pemimpin DAP, terutama pemimpin DAP Lim Kit Siang, yang tidak pernah berada di Kuala Lumpur sepanjang tempoh tersebut tetapi berada di Sabah. Atas sebab-sebab ini, Rais enggan membenarkan pawagam di seluruh negara untuk menayangkan filem ini.

Bagi Ahmad Shabery untuk membenarkan tayangan filem penuh kebencian "Tanda Putera" ini atas sebab kononnya ia mempunyai tema 'kebangsaan', bukan sahaja memecah-belahkan dan mendiskriminasi tetapi juga menggalakkan pembohongan, kebencian dan ketakutan. Bagaimana pemeriksaan filem kebencian perkauman pada 13 Mei "Tanda Putera" bersesuaian dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk keharmonian kebangsaan dan negera ini untuk maju ke hadapan dengan kurangnya mainan politik?

Ahmad Shabery ternyata silap untuk berfikir bahawa UMNO boleh memenangi kembali kehilangan undi Melayu atau bukan Melayu dengan mengambil pendirian bersifat rasis dan melampau yang mencipta ketakutan dan kebencian untuk menakutkan kedua-dua pengundi Melayu dan bukan Melayu untuk kembali kepada BN. Taktik ini telah memakan diri sendiri apabila mengakibatkan kekalahan teruk dalam pilihan raya umum baru-baru ini, di mana lebih daripada 42% pengundi Melayu terutama pengundi muda meninggalkan BN dengan mengundi PR.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan