DAP sangat terkejut dengan ugutan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bakal mengakhiri mandatnya, untuk memboikot majlid angkat sumpah Ahli Parlimen PR

Peranan Speaker Dewan Rakyat adalah untuk menguruskan hal ehwal Parlimen tanpa berpihak dan tidak sepatutnya masuk campur dalam hal ehwal politik. Sangat tidak sesuai bagi seorang Speaker, dan beliau juga tidak ada hak untuk memboikot mana-mana Ahli Parlimen atau dengan sengaja menyebabkan seseorang hilang kelayakan dengan memboikot atau enggan menerima angkat sumpah. Saya harap ini hanya gurauan oleh Tan Sri Pandikar, jika tidak pastilah timbul kesangsian yang amat serius terhadap niat dan sikap tidak berpihaknya apabila beliau mempengerusikan sidang Parlimen.

38 Ahli Parlimen DAP tidak akan memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013 mahupun sidang-sidang parlimen, namun tetap akan menggunakan proses legislatif untuk mendesak reformasi pilihanraya, terutamanya dalam hal mematuhi prinsip demokratik "satu orang, satu undi, satu nilai". Memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen tidak akan dilihat sebagai perbuatan simbolik atau langkah berani untuk memprotes keputusan pilihanraya yang telah dirompak apabila Pakatan Rakyat mampu menyatakan pendirian secara lebih berkesan melalui perhimpunan aman di seluruh negara.

Bagi mereka yang melakukan penipuan pilihanraya, mereka tidak akan terkesan dengan perbuatan memboikot majlis angkat sumpah itu sahaja, berbanding kesan daripada suara sebenar pergerakan rakyat. DAP akan menggunakan pendekatan tiga serangkai untuk mendesak reformasi pilihanraya yang adil dan bersih serta persempadanan kawasan secara adil demi menghormati prinsip "satu orang, satu undi, satu nilai":

  1. Proses undang-undnag untuk mencabar kerusi yang dimenangi oleh BN melalui penipuan, beli undi dan manipulasi daftar pemilih dengan kehadiran pengundi hantu dan pengundi "Bangla" yang bukan warganegara di Mahkamah;

  2. Proses politik untuk mendesak reformasi pilihanraya di dewan-dewan legislatif, kempen awam dan forum antarabangsa.

  3. Proses rakyat dengan melakukan pergerakan kempen massa, hanya apabila perlu untuk menuntuk pilihanraya yang bersih, bebas dan adil.

Tidak ada yang lebih memperjelaskan ketidakadilan sistem pilihanraya seperti kemenangan BN di Putrajaya dengan hanya 16,000 pengundi berbanding Kapar yang mempunyai 150,000 pengundi yang telah dimenangi Pakatan Rakyat. Ini diikuti kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRU walaupun menang majoriti 51% undi popular sementara BN menang 60% kerusi parlimen padahal hanya memenangi bahagian minoriti undi popular sebanyak 47%. Jelas bahawa BN adalah sebuah kerajaan minoriti dengan Kabinet minoriti yang telah kehilangan kedua-dua keabsahana moral dan politik untuk menjadi kerajaan yang dilantik secara demokratik di Malaysia.

Kedua-dua BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengakui bahawa ini adalah pilihan raya paling tidak adil dan kotor dalam sejarah apabila dakwat kekal yang dijanjikan kekal sekurang-kurangnya tiga hari pun boleh dibasuh bersih serta-merta. Ahli-ahli SPR mesti meletakkan jawatan memandangkan mereka tidak boleh diharap untuk melaksanakan persempadan kawasan secara adil dan saksama.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan