Apa lagi yang Kit Siang mahukan?

Utusan Malaysia telah memulakan kempen untuk memburukkan saya sebagai raksasa ke satu tahap baru apabila artikel utamanya di dalam halaman editor oleh editor senior Zulkiflee Bakar, bertanyakan soalan: “Apa lagi Kit Siang mahu?”, yang melancarkan serangan demi serangan tidak berasas terhadap saya.

Biar saya menjawab soalan Utusan: “Apa lagi Kit Siang mahu?”

Jawapan saya ialah: Sekurang-kurangnya lima perkara – pilihan raya yang bersih, bebas dan adil; Malaysia sebagai negara demokrasi normal; pemulihan kedaulatan undang-undang; pendidikan bertaraf dunia dan Malaysia yang bersatu, selamat, hijau, dan sihat.

Sekiranya terdapat sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil, Perdana Menteri Malaysia hari ini selepas pilihan raya umum ke-13 tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Datuk Seri Najib Razak, kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk menang 125 kerusi parlimen yang dibahagikan di kalangan PKR 45, masing-masing PAS dan DAP 40 dengan majoriti selesa 128 daripada 222 kerusi parlimen.

Meskipun merupakan pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara, dengan UMNO/BN beralih kepada tiga strategi tidak jujur dan tidak bertanggungjawab yakni strategi “Duit Duit Duit”. “Tipu Tipu Tipu” dan “Takut Takut Takut”, Najib kini merupakan Perdana Menteri minority dengan memenangi hanya 47% undi popular manakala Anwar dan Pakatan Rakyat memenangi majoriti 51% undi popular, pertama kali di dalam 56 tahun sejarah 13 pilihan raya umum.

Akibatnya, untuk pertama kali di dalam negara, sejarah negara dan Parlimen terdapat Perdana Menteri yang legitimasinya diragui memandangkan beliau tidak memiliki undi popular majoriti berbanding Anwar.

Bolehkah Najib dan Suruhanjaya Pilihan Raya menyalahkan kumpulan tertentu rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda Malaysia yang rasa tertipu dalam PRU13 apabila pilihan jelas siapa sepatutnya menjadi Perdana Menyeri dan siapa sepatutnya membentuk kerajaan baru Malaysia telah dirompak daripada mereka kesan daripada pilihan raya umum paling kotor dalam sejarah?

Kedua, seperti mana rakyat Malaysia lain yang patriotik, saya mahu Malaysia menjadi sebuah negara demokratik yang normal, yang mana semua parti politik dan calon menerima prinsip utama bahawa pengundi mempunyai hakak asas demokratik untuk memilih kerajaan bagi lima tahun akan kadang, yang mana terjamin peralihan kuasa dengan aman dan demokratik melalui peti undi, serta pertukaran kerajaan dianggap perkara biasa amalan demokrasi dan bukannya malatepataka menjustikasikan keadaan paling buruk dan mengancam, menukai keganasan dan berulagnnya kejadian 13 Mei.

Ketiga, pemulihan kedaulatan undang-undang, yang mana undang-undang tidak membeza-bezakan orang tetapi ditegakkan tanpa kekebalan dan sewenang-wenangnya terlpas dari hukuman hanya kerana seseorang itu sebahagian daripada kumpulan kroni yang dilindungi oleh mereka yang berkuasa.

Sekiranya kedaulatan undang-undang dapat dipulihkan, yang mana undang-undang tidak membeza-bezakan warga, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah tentu telah ditahan, didakwa dan dihukum kerana membuat ucapan yang tidak bertanggungjawab, menghasut dan bersifat perkauman sejak 44 tahun!

Mengapa Mohd Noor begitu kebal dan terlepas daripada hukuman apabila membuat kenyataan menghasut dan bersifat perkauman sejak 44 tahun lalu?

Sama juga, mengapa Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin begitu kebal dan terlepas dari hukuman untuk pembohongan dan penipuan yang menghasut, seperti menuduh saya sebagai punca rusuhan 13 Mei 1969?

Semalam, pada malam ulangtahun ke-44 rusuhan 13 Mei 1969, Zulkifli menghantar satu siri twit yang berunsur jenayah dan menghasut seperti:

“Esok 13 Mei..ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M'sia angkara cauvinis trmsuk parti Kitsiang yg mmbawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu.”

Ini terang-terang satu penipuan dan pembohongan, kerana saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada 11-13 Mei, 1969, dan tidak pernah terlibat di dalam sebarang perarakan di jalan raya Kuala Lumpur, apatah lagi melaungkan slogan seperti “Malai Seh”.

Malah, bekas ahli UMNO Tamrin Ghafar, yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba, telah berkata di dalam ceramah-ceramah ketika PRU13, membersihkan nama saya dari sebarang penglibatan dengan rusuhan 13 Mei, mengatakan bahawa ia merupakan satu rampasan kuasa di dalam UMNO untuk menumbangkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Sumber yang dipetik oleh Tamrin ialah Tunku sendiri dan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie.

Keempat, pendidikan bertaraf dunia, sama ada sekolah rendah, menengah atau universiti untuk semua rakyat Malaysia. Waktu ini, Malaysia ketinggalan di belakang negara-negara lain dalam standard pendidikan untuk subjek sains dan matematik, baik di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Universiti kita juga ketinggalan jauh di belakang negara-negara lain memandangkan kita gtidak mampu pun untuk berada di kedudukan 400 Universiti Terbaik Dunia.

Kelima, Malaysia yang selamat, hijau, sihat dan bersatu. Cukup saya menyebut Johor Baru yang menjadi tempat berlakunya banyak kegiatan jenayah di Malaysia, yang mana tiada seorang pun merasa selamat dan setiap orang dihantui ketakutan terhadap jenayah – suatu keadaan yang tidak dapat diterima dan mesti diperbaiki segera.

Saya bersedia untuk mengadakan satu debat yang rasional dengan Utusan Malaysia atau sesiapa berkenaan apa yang terbaik untuk masa depan negara, akan tetapi Utusan Malaysia tidak berminat dengan debat rasional sedemikian tetapi hanya menjalankan agenda UMNO untuk memburuk-burukkan saya.

Sebagai contoh, Mingguan Malaysia semalam melaporkan di muka depan khabar angin bahawa DAP telah cuba merasuah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk memastikan DAP tidak diharamkan – sedangkan perkara itu tidak benar atau tidak berasas.

Akan tetapi apa yang mengejutkan ialah Utusan boleh meletakkan khabar angin sedemikian di muka depan, mencipta rekod paling memalukan di Malaysia dan dunia kewartawanan, apabila khabar angin menjadi muka depan.

Ke tahap mana editor Utusan sanggup lakukan demi memeuaskan kehendak tuan-tuan UMNO mereka dalam kempen memburuk-burukkan pemimpin DAP dan saya?

Utusan Malaysia juga melaporkan dan mengulas tentang saya menggambarkan Najib sebagai “Shaitan” sedangkan saya tidak pernah lakukan sedemikian.

Utusan telah mengingkari semua etika dan standard kewartawanan. Apakah mereka boleh menjadi lebih teruk lagi?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Kawasan Gelang Patah