Pengurangan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% boleh dicapai oleh PR

Selepas pembentangan Bajet Alternaif 2014 semalam oleh pucuk pempinan Pakatan Rakyat, mungkin masih ada pihak termasuk pakar ekonomi yang meragui bahawa bajet deficit 3.2% daripada KDNK dan juga penurunan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% boleh dicapai. Matlamat ini boleh dicapai dengan mengurangkan ketirisan dan pembaziran duit yang dikenalpastikan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 dan juga menghapuskan program yang tidak efektik dan memakan belanjaan yang besar. Contoh-contoh untuk tiga Kementerian diberikan di sini.

Kementerian Pertahanan

Perbelanjaan Mengurus untuk Kementerian Pertahanan adalah RM11.97 billion untuk tahun 2013 (tidak termasuk bajet tambahan). Mengikut Anggaran Bajet 2013, Program Latihan Khidmat Negara menggunakan perbelanjaan sebanyak RM712m. Sebagai bandingan, bajet seluruh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2012 adalah hanya RM738m. Jadi satu program – PLKN – memakan bajet yang lebih kurang sama dengan satu Kementerian. Program ini patut ditangguhkan dan dikaji semula.

Mengikut LKAN 2012, 30 Kontrak Rangsum Kering bagi Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM48 juta hanya berilai RM13.5 juta ataupun 28% daripada nilai keseluruhan. Penjimatan sebanyak RM34.5 juta boleh diperolehi untuk satu kontrak ini sahaja.

Perbelanjaan mengurus boleh dikurangkan sebanyak RM746.5 juta ataupun 6.2% daripada jumlah perbelanjaan mengurus Kementerian Pertahanan untuk tahun 2013.

Kementerian Pendidikan

Perbelanjaan Mengurus untuk Kementerian Pelajaran adalah RM36.6 billion untuk tahun 2013 (tidak termasuk bajet tambahan)

LKAN 2012 melaporkan pengurusan perkhidmatan kawalan keselematan di sekolah yang melibatkan pembarizan wang yang besar. Dianggarkan RM1.6b daripada RM2.02 kontrak pengurusan ini dibazirkan.

LKAN 2012 juga melaporkan berlakunya pembaziran dalam kontrak pengurusan perkhidmatan kebersihan bagunan dan kawasan di sekolah di mana jadual pekerja kebersihan tidak tetap dan rekod tidak disimpan dan ini membolehkan segelintir syarikat yang mengambil kesempatan dengan baucer bayaran elaun masa tambahan. Dianggarkan RM500m telah dibazirkan di atas perkara ini.

LKAN 2012 juga melaporkan kegagalan Program 1 Susu Malaysia yang diberi peruntukkan sebanyak RM170m tetapi hanya mencapai 40% daripada sasaran oleh kerana susu dihantar lewat dan juga dihentikan apabila 175 kes keracunan berlaku pada tahun 2011 dan 2012. Program ini tidak membawa apa-apa manfaat kepada pelajar dari segi kesihatan dan boleh dihapuskan.

116,399 Chromebooks telah dibeli sebagai sebahagian daripada program “1 Student 1 Device” dengan harga RM1255 untuk setiap Chromebook berbanding dengan harga pasaran RM988. Ini bermakna penjimatan sebanyak RM31 boleh diperolehi jikalau peralatan ini dibeli daripada pasaran terbuka.

RM27m telah dibelanjakan untuk program diploma sukan yang dijalankan oleh United States Sports Academy. Jikalau program ini dijalankan di IPTA, penjimatan sebanyak RM21 boleh diperolehi.

RM270m telah dibelanjakan untuk 3 syarikat juru unding latihan Bahasa Inggeris dimana 360 ‘mentor’ telah diupah untuk meningkatkat taraf pengajaran BI di sekolah rendah. Program ini boleh digantikan dengan program yang lebih ‘kos-efektif’.

Nilai kontrak-kontrak ini berjumlah RM2.5billion ataupun 6.5% daripada jumlah perbelanjaan mengurus Kementerian Pelajaran untuk tahun 2013.

Kementerian Kerja Raja

Perbelanjaan Mengurus untuk Kementerian Kerja Raya adalah RM2.4 billion untuk tahun 2013 (tidak termasuk bajet tambahan).

Dari 2010 hingga 2012, Projek Mansuh sebanyak 83 projek dianggarkan berjumlah RM 2.2 billion. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 1.1 billion atau 50% daripada nilai asal disebabkan oleh kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor.

Penjimatan daripada hanya satu perkara boleh mengurangkan perbelanjaan mengurus untuk Kementerian Kerja Raya sebanyak 4.5%.

Rumusan

Ini adalah segelintir sahaja daripada program dan aktiviti yang dijalankan oleh kementerian-kementerian ini yang melibatkan pembaziran dan juga program yang kurang efektif. Walaupun program yang disenaraikan di atas bukan banyak, tetapi kos penjimatan sudah begitu ketara.

Pakatan Rakyat yakin bahawa dengan kajian dan penilaian yang komprehensif di setiap kementerian, penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% pasti dapat dicapai.

Dr. Ong Kian Ming Ahli Parlimen Serdang Raja Kamarul Bahrin Shah Ahli Parlimen Kuala Terengganu Dr. Azman bin Ismail Ahli Parlimen Kuala Kedah