Kerajaan PR Pulau Pinang telah memperuntukkan dana berpuluh-puluh juta ringgit semenjak 2008

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah mengabaikan kawasan pembangkang tetapi sebaliknya telah dicurahkan dana berpuluh-puluh juta ringgit sejak 2008 dan malah telah membina 2 Pusat Dialisis CAT Pulau Pinang di Balik Pulau dan Seberang Jaya serta memperuntukkan lebih RM 4 bilion bagi membina terowong dasar laut ke Bagan Ajam yang memberi manfaat kepada kerusi Parlimen yang diwakili BN, Tasek Gelugor dan Kepala Batas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di Parlimen dua hari lepas, tidak sewajarnya melabelkan langkah kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan peruntukan tahunan RM40,000 kepada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang UMNO sebagai aksi publisiti, tetapi melihat ini sebagai satu langkah yang positif dan ke hadapan untuk demokrasi yang sihat dan berfungsi dengan politik kebersamaan.

Kedua-dua pemimpin UMNO tersebut tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memberi RM40, 000 peruntukan tahunan kerana BN enggan menghormati demokrasi dan pilihan pengundi dengan memberikan dana pembangunan tahunan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain di negeri yang dikuasi BN. Walau bagaimanapun mereka salah dalam mengatakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang PR hanya memberikan RM40,000 peruntukan tahunan kepada kawasan yang diwakili BN.

Selain daripada berpuluh-puluh juta ringgit dalam pembiayaan sejak 2008, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mengambil langkah berani pada tahun 2012 untuk menubuhkan 2 pusat dialisis dengan kos lebih RM2 juta di kawasan UMNO Balik Pulau, Pulau Betong dan Sebarang Jaya. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berusaha menjayakan projek terowong bawah laut bernilai lebih RM4 bilion yang menghubungkan Bagan Ajam, yang terletak di Tasek Gelugor.

Jika kerajaan negeri Pulau Pinang boleh memperuntukkan jumlah wang yang besar kepada projek pembangunan di kawasan UMNO, mengapa para Menteri UMNO gagal melihat dicadangkan peruntukan tambahan tahunan RM40, 000 bermula pada tahun 2014 kepada 10 ADUN pembangkang UMNO sebagai satu langkah positif yang perlu dicontohi oleh semua negeri sama ada PR atau BN.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yakcob telah pun dicabar oleh ADUN DAP Pahang di Dewan Undangan Negeri Pahang bahawa beliau akan memberi peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat di Pahang jika Lim Guan Eng melakukan perkara yang sama untuk ADUN UMNO di Pulau Pinang. Adakah Datuk Seri Adnan Yakcob menjadi seorang amanah dengan "memenuhi janji beliau" atau dia akan terus dengan politik UMNO yang memecah-belahkan dan menyemai kebencian dengan menafikan hak pengundi di Pahang?

Masanya telah tiba untuk mengamalkan politik baru yang mengangkat nilai kebersamaan dengan menghormati pilihan pengundi dan bukannya politik lama yang mengabaikan dengan menghukum pengundi yang memilih pembangkang. Ini adalah perbezaan antara perdamaian nasional Pakatan Rakyat berbanding dendam nasional BN terhadap 51% pengundi yang menyokong PR dalam pilihan raya umum lalu.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang