First Solar membina kemudahan Shared Services Outsourcing (SSO) di Pulau Pinang

Pulau Pinang berbangga mendapatkan pelaburan USD 80 juta daripada NI, peneraju pasaran global perisian robotik dengan pendapatan tahunan US $ 1.15 bilion. Dengan jumlah pekerja sebanyak 410 pekerja yang dijangka meningkat kepada 1,500 dalam masa 10 tahun, kemudahan baru NI di sini persis pejabat NI di Austin Texas, yang saya lawati pada tahun 2009.

Ekonomi Malaysia dan Pulau Pinang telah beralih daripada perlombongan pada 1960-an kepada perindustrian, daripada eksport komoditi bahan mentah kepada pembuatan. Dalam erti kata lain, ekonomi Pulau Pinang bergantung kepada komoditi asas yang kemudiannya beralih kepada kecekapan pembuatan. Pulau Pinang bukan sahaja perlu kecekapan tetapi juga inovasi dalam pembuatan, perkhidmatan dan juga sektor awam.

Pulau Pinang ingin belajar daripada NI untuk menaiktarafkan industri pembuatan negeri ini dan mengembangkan perkhidmatan supaya kita boleh bergerak ke peringkat seterusnya. Kunci kepada kejayaan ekonomi masa depan bukan pergantungan lebih kepada hanya satu-satu sektor tetapi juga sektor pembuatan, sektor perkhidmatan dan kerajaan. Sektor perkhidmatan termasuk bukan sahaja pelancongan, rawatan perubatan dan pendidikan tetapi perkongsian perkhidmatan seperti kewangan, perakaunan dan pemprosesan data.

Kerajaan memainkan peranan yang penting sebagai penggerak antara pembuatan dan sektor perkhidmatan. Kerajaan juga mesti melabur dan berinovasi. Kerajaan perlu melabur dalam infrastruktur, modal insan, insentif dan subsidi. Kerajaan juga perlu berinovasi dengan dasar-dasar baru yang menekankan pada:

  • liberalisasi peraturan sedia ada untuk mengurangkan karenah birokrasi,

  • menjarakkan diri daripada menjadi permain dalam pasaran

  • membenarkan persaingan bebas dan adil serta

  • menggalakkan pembentukan modal insan di mana bakat merupakan modal utama pembangunan ekonomi

Tidak syak lagi bahawa Pulau Pinang memiliki kondisi yang tepat untuk merealisasikan potensi sebagai salah satu daripada 31 hab Business Processing Outsourcing(BPOs) masa depan seperti yang dijangkakan oleh firma perakaunan antarabangsa, KPMG. Dua tahun lalu, kerajaan negeri telah memulakan satu keputusan yang berani untuk memberi tumpuan kepada sektor perkhidmatan dengan menggunakan hampir 100% pekerja tempatan dengan bayaran yang tinggi.

Saya tidak jangka sambutan yang baik daripada sektor perkhidmatan sehingga Pulau Pinang hampir kehabisan ruang pejabat dengan Gred A. Syarikat-syarikat terkemuka yang baru dibuka tahun ini termasuk Air Asia yang memindahkan perkhidmatan perkongsian sumber IT, pemerolehan dan sumber manusia dari Bangkok ke Pulau Pinang. Wilmar, syarikat gergasi makanan global dengan pendapatan sebanyak US $ 45 bilion baru sahaja membuka pusat perkhidmatan perkongsian mereka di Pulau Pinang.

Manakala Citigroup baru sahaja membuka process outsourcing baru bagi perkhidmatan kewangan. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 1,000 pekerja tempatan untuk menjalankan perdagangan serantau terbesar dan pusat pemprosesan tunai bagi perniagaan perkhidmatan transaksi dengan jumlah tahunan sebanyak 20 juta urus niaga yang bernilai US $ 5.8 trillion!

Kejayaan Pulau Pinang dalam sektor perkhidmatan juga telah menarik First Solar, peneraju dunia dalam tenaga solar, untuk menubuhkan shared services outsourcing hub milik syarikat ini, bukan di kilang mereka di Kulim tetapi di Pulau Pinang. Ini memberikan kita keyakinan bahawa pelaburan yang besar oleh Kerajaan Persekutuan di Kedah juga akan akhirnya memberi manfaat kepada Pulau Pinang.

Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk memastikan perkongsian bersama antara 3 sektor ini, pembuatan, perkhidmatan dan kerajaan. Dalam erti kata lain, perkongsian dengan modal, buruh, inovasi dengan kerajaan sebagai penggerak. Kemakmuran masa depan Pulau Pinang bergantung kepada sama ada pembuatan, perkhidmatan dan sektor kerajaan mampu dibina berasaskan kecekapan dan inovasi.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang