Apo nak dikato? 10 Kejayaan Besar Pemerintahan Kerajaan PH Di Negeri Sembilan

ph n9

Sejak diberi mandat bermula 9 Mei 2018, pelbagai siri kejayaan dan pencapaian telah dinikmati oleh rakyat Negeri Sembilan. Pakatan Harapan telah berjaya mengemudi kerajaan serta melaksanakan beberapa inisiatif besar yang lebih baik daripada sebelum ini.

Mari kita lihat 10 kejayaan besar yang telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ini.

1) Dalam tempoh empat tahun ini pelaburan asing (FDI) meningkat sebanyak RM23.51 bilion dengan lebih 17,227 peluang pekerjaan dapat ditawarkan.

2) Sepanjang empat tahun pentadbiran PH, kedudukan rizab negeri adalah lebih tinggi daripada rizab yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu dengan rekod tertinggi berjumlah RM889.75 juta pada tahun 2020.

3) Menaikkan elaun daripada RM900 sebulan kepada RM950 sebulan untuk 1,500 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), elaun bilal daripada RM200 dinaikkan kepada RM500 dan elaun siak daripada RM200 dinaikkan kepada RM450.

4) Menyelesaikan projek perumahan yang terbengkalai sejak zaman kerajaan negeri yang terdahulu di Taman Perpaduan Heights, Kuala Pilah serta tiada kenaikan cukai tanah dan cukai taksiran selama lima tahun.

5) Memperluaskan inisiatif penukaran hak milik tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal ke lebih banyak kawasan di seluruh Negeri Sembilan termasuk seramai 211 peneroka di Gatco yang menerima hak milik tanah dari Kerajaan Negeri selepas sekian lama menanti selama 40 tahun.

6) Sebanyak 5,985 projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) telah dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan dari tahun 2019 sehingga 2022. Projek terbabit melibatkan 5,376 km panjang jalan luar bandar, jalan perbandaran dan kawasan perindustrian dengan kos projek sebanyak RM1.29 bilion.

7) Pelbagai bentuk inisiatif untuk manfaat penjawat awam Negeri Sembilan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri seperti Pinjaman Kenderaan Tanpa Faedah, Pinjaman Komputer Tanpa Faedah dan Perumahan Penjawat Awam.

8) Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada kakitangan kerajaan negeri di Negeri Sembilan adalah kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor. Kerajaan PH di Negeri Sembilan memberikan BKK sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 5,599 orang penjawat awam.

9) Kerajaan negeri telah berjaya menambah sebanyak 29 peratus saham anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) iaitu Negeri Roadstone Sdn Bhd dari asalnya 51 peratus saham kepada 80 peratus saham.

10) Kerajaan Negeri telah melaksanakan perolehan kerja secara undian sejak tahun 2020 sehingga kini. Langkah tersebut membolehkan peruntukan yang besar bagi projek itu dapat dimanfaatkan oleh kontraktor-kontraktor kecil Bumiputra tanpa mana-mana pihak memonopoli.

Terdapat banyak lagi inisiatif dan kejayaan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PH Negeri Sembilan. Ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin PH yang diberi kuasa pasti akan melaksanakan tugasnya untuk kebaikan rakyat.

Recommended Posts