Nilai Kami
Parti Tindakan Demokratik komited untuk memperjuangkan Malaysia yang bebas, adil, berdasarkan prinsip demokrasi, hak asasi manusia, keadilan sosial, kepelbagaian budaya dan tadbir urus yang baik seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kami percaya bahawa usaha berterusan terhadap nilai-nilai ini akhirnya akan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia, menjadikan Malaysia ‘suar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu’ seperti yang dibayangkan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Demokrasi

Tadbir urus
yang baik

Hak asasi
manusia

KEPELBAGAIAN
BUDAYA & BANGSA
“Wakil rakyat DAP tidak boleh berhenti berjuang untuk kesejahteraan rakyat untuk kemakmuran ekonomi, peluang pekerjaan, perumahan, pengangkutan dan kesihatan awam.”
Anthony Loke