Hak asasi manusia

RAKYAT MALAYSIA HENDAKLAH DILAYAN DENGAN BERMARUAH DAN TERHORMAT

DAP mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai demokrasi dan hak asasi manusia. Kebebasan mesti dipertahankan daripada penindasan manakala kesamarataan peluang diutamakan berbanding kesamarataan hasil.

Setiap warganegara Malaysia harus diberi hak sama rata dan saksama mengikut peraturan undang-undang yang menjamin keadilan sosial untuk semua, tanpa mengira kaum, agama dan wilayah.

“Kebenaran, keadilan dan kebebasan bukan sekadar kata-kata tetapi prinsip teras yang mesti ditegakkan untuk memastikan kemakmuran untuk semua.”

Lim Guan Eng,
Pengerusi DAP

Share this

Nilai lain