KEPELBAGAIAN
BUDAYA & BANGSA

RAKYAT BERSATU BANGSA, AGAMA DAN BUDAYA YANG BERKONGSI IMPIAN MALAYSIA

DAP memperjuangkan kepelbagaian dan berpegang teguh pada semangat kepelbagaian budaya. Kami mahu memupuk perpaduan nasional dalam kalangan semua kaum untuk membentuk identiti bersama rakyat Malaysia yang bersatu padu.

Ini akan merangkumi integrasi nasional bersama Sabah dan Sarawak dengan mengiktiraf hak istimewa mereka. Kami akan mempertahankan dan mengesahkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan sambil menjamin hak untuk mempromosikan status dan penggunaan bahasa ibunda yang lain.

Di samping itu, kami berikrar untuk menghapuskan semua bentuk berat sebelah terhadap wanita di negara ini dan memperkasa golongan belia dengan memberi mereka pilihan dan akses kepada kuasa sambil menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri mereka.

“Walau apa pun yang berlaku, kita mesti sentiasa berusaha untuk memupuk keharmonian kaum dan agama di seluruh negara.”

Anthony Loke,
Setiausaha Agung DAP

Share this

Nilai lain