Bayangkan, tempat yang dipanggil rumah, suatu masa dahulu merupakan sebuah ruang yang dipenuhi memori-memori keluarga, dari anak kecil sehingga dewasa, didiami bertahun lamanya, sudah sampai usianya yang uzur.
Kayu-kayan yang mendirikan dan membangunkan rumah sudah mula reput. Usianya yang begitu tua menjadikan rumah itu tidak boleh menabur bakti lagi. Tidak selamat lagi untuk dijadikan kediaman buat pasangan warga emas, Uncle Low dan isteri yang menetap di Kampung Baru Menglembu, Perak.
Rumah sudah nak roboh.
Tapi mereka tak perlu risau, Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran PMX, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengekalkan prinsip di mana setiap insan berhak mendapat tempat perlindungan yang selamat dan selesa, yang melindungi mereka dari berhujan dan berpanas di bawah terik mentari tidak kira kaya atau miskin.
Oleh itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diterajui Sdr Nga Kor Ming dengan sukacitanya menghadiahkan Uncle Low dan isteri sebuah Rumah MADANI Rakyat (RMR) berkat Program Bina Baharu Rumah Kampung Baru di bawah kementerian tersebut.
Kos pembinaan rumah baru ini yang bernilai RM79,500 akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan pembinaan akan dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Untuk makluman, sepanjang tahun 2024 sebanyak 21 permohonan membina rumah baharu di Kampung Baru telah diluluskan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kos untuk 21 permohonan itu adalah RM 1.6 juta yang ditanggung oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga luar bandar.
Berita yang cukup membahagiakan buat Uncle Low yang berusia 81 tahun. Semoga kedua-dua pasangan warga emas ini dapat memenuhi ruang Rumah MADANI Rakyat ini dengan kenangan-kenangan baru bersama seisi keluarga.