Awal pagi semalam, sebuah pemeriksaan mengejut telah dilaksanakan di seluruh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)! Dalam Op Mengejut Puspakom yang diarahkan Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke itu, seramai 350 anggota JPJ dikerahkan dan dalam hanya 2 jam 30 minit operasi, sebanyak 29 dari 115 buah lori dikenakan tindakan penguatkuasaan, 69 notis dikeluarkan, dan 5 kereta dan 2 lori telah disita. Antara kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori adalah menggunakan tayar celup tidak selamat dan berada dalam keadaan uzur yang berpotensi meletup pada bila-bila masa.
Sehubungan itu, penyelia dan kakitangan Puspakom Wangsa Maju juga dipanggil ke Ibu Pejabat JPJ hari ini bagi soal siasat berhubung penemuan sebuah kenderaan yang berada dalam keadaan tidak selamat. Satu kertas siasatan akan dibuka dan kemas kini akan diberikan apabila maklumat lanjut diterima. Op Mengejut ini adalah antara salah satu penguatkuasaan berfasa yang telah diarahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke:
1️⃣Fasa Pertama: Sekatan jalan raya di lebuh raya terpilih ️
2️⃣Fasa Kedua: Pemeriksaan secara mengejut di Puspakom✋☝
3️⃣Fasa ketiga: Serbu syarikat pengeluar dengan kerjasama pihak KPDN☝
4️⃣Fasa keempat: Serbuan di kedai aksesori.
Penguatkuasaan ini bukti Kementerian Pengangkutan mengambil serius mengenai salah laku agensi berkaitan yang seharusnya memastikan kenderaan menepati piawaian yang ditetapkan supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain terjamin.
#DAPMalaysia
#MalaysiaMadani