SKSSR salurkan faedah RM4.23 juta, sekaligus berjaya capai 100% pendaftaran

482082945 1198720538285467 3896788357750182039 n

Sejak tahun 2022, sebanyak RM4.23 juta telah disalurkan sebagai faedah kepada 3,426 suri rumah melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Selain itu, seramai 514,105 suri rumah telah mendaftar untuk SKSSR, sekaligus mencapai sasaran 100 peratus yang ditetapkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, iaitu sebanyak 500,000 individu pada tahun lalu ✅✅

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO Sdri Kasthuri Patto, “Kejayaan program ini membuktikan kepentingan sokongan berterusan daripada kerajaan, sektor korporat, dan masyarakat dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial negara.” SKSSR merupakan perlindungan yang ditawar oleh PERKESO kepada golongan suri rumah yang tidak mempunyai sebarang jaring keselamatan sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.

482028990 1198720528285468 8269604242649529905 n

Recommended Posts