
1. Saya amat kesal dengan tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang baru-baru ini menyebarkan dakwaan palsu di media sosial kononnya “kerajaan batal subsidi gas masak.” Tuduhan ini bukan sahaja tidak berasas, malah menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta menterinya Datuk Armizan Mohd Ali segera memberi penjelasan yang tegas bahawa , , .
3. Dalam kenyataan menteri tersebut, beliau menegaskan bahawa Ops Gasak yang dilancarkan dari 1 Mei hingga 31 Oktober adalah bertujuan membanteras penyalahgunaan subsidi gas. , . Tujuan utama penguatkuasaan adalah untuk memastikan subsidi yang melibatkan dana awam diterima oleh golongan sasaran, bukannya menekan penjaja atau peniaga kecil.
4. Malangnya, video yang disebarkan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong sengaja memesongkan fakta, menggambarkan dasar yang sebenarnya telah dimulakan oleh kerajaan Perikatan Nasional sejak tahun 2021 itu sebagai kononnya dasar baharu Kerajaan Perpaduan untuk “batal subsidi.” Beliau cuba menimbulkan kemarahan rakyat dan mencetuskan kegusaran.
5. Ironinya, MCA sendiri merupakan sebahagian daripada pentadbiran yang melaksanakan dasar tersebut pada tahun 2021.
6. Amat mengecewakan apabila seorang ahli politik berpengalaman seperti Datuk Seri Wee Ka Siong membuat kenyataan tanpa semakan, dan mencetuskan panik dalam kalangan rakyat. Sikap tidak bertanggungjawab ini hanya akan mengelirukan orang ramai dan menjejaskan pelaksanaan dasar secara sah.
7. Yang lebih membimbangkan ialah, sebagai parti komponen Kerajaan Perpaduan, Presiden MCA berulang kali memburukkan kerajaan secara terbuka dan menyebarkan maklumat palsu. Niat sebenar tindakan ini sudah jelas kepada rakyat.
8. Ini bukan kali pertama MCA menjalankan taktik politik sebegini. Daripada isu papan tanda berbilang bahasa di Petaling Street, isu MyKiosk, sehinggalah fitnah berkaitan subsidi gas masak, – : . .
9. Saya ingin menegaskan bahawa negara kini memerlukan kestabilan dan perpaduan. Kerajaan Perpaduan sedang bertungkus-lumus menstabilkan harga barang, merangsang pemulihan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Usaha-usaha ini tidak mudah, namun sering diganggu oleh fitnah dan penyelewengan fakta.
10. Rakyat mahukan wacana politik yang matang dan bertanggungjawab. Dengan pembohongan yang berterusan dan penyebaran maklumat palsu berulang-ulang kali, kredibiliti parti MCA semakin terhakis.
11. Saya menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat tidak sahih di media sosial. Rujuklah kenyataan rasmi daripada kerajaan.
Pang Sock Tao
ADUN Kuala Kubu Baharu
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Selangor dan DAPSY Kebangsaan