5 LEGENDA DAP DAN KISAH MENARIK MEREKA

whatsapp image 2023 04 10 at 15.12.20 (1)

Jika dibuka lipatan sejarah, DAP mempunyai kisah yang panjang dalam politik Malaysia. Bermula dari penubuhannya yang pada awalnya hampir tidak mendapat tempat di Malaysia, sehinggalah berjaya menjadi kerajaan kali pertamanya pada PRU14, iaitu pada tahun 2018. Untuk itu, terima kasih diucapkan pada rakyat Malaysia yang berani berubah demi Malaysia yang lebih berdaya maju.

Hal ini juga seiring dengan keberanian tokoh-tokoh yang ada dalam DAP sendiri, yang berani membuka mata dan minda kita yang perubahan adalah wajar seiring zaman. Mereka ini tak lain tak bukan adalah antara tokoh pertama yang berani membuat pembaharuan:

Dr Chen Man Hin, bapa pengasas parti DAP

1700500 1

Kalau bukan kerana mendiang Dr Chen Man Hin, maka kita takkan lihat DAP seperti yang kita lihat pada hari ini. Mendiang merupakan pengasas bersama DAP selain daripada Devan Nair dan Chan Kok Kit.

Mendiang Chen memilih untuk berada di Malaysia memperjuangkan sosialisme demokratik, iaitu sosialisme yang tidak dipaksa ke atas rakyat, yang juga memperjuangkan Malaysian Malaysia.

Beliau merupakan Penasihat Seumur Hidup DAP sehingga akhir hayatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada umur 98 tahun pada 2022.

Merupakan bapa pengasas DAP, beliau juga adalah pengerusi pertama DAP dengan nombor keahlian 0000001.

Lim Kit Siang, pernah perkenalkan akta anti lompat parti 40 tahun lepas

dsc 0367 2048x1313 1

Siapa yang tak kenal legend, Lim Kit Siang yang lantang bersuara sejak muda melawan ketidakadilan. Apa yang orang mungkin tak tahu adalah kisahnya yang pernah mengusulkan akta yang sebelum ni dipandang ringan.

Seawal Mac 1978, Lim Kit Siang pernah mengusulkan Akta Anti Lompat Parti. Ramalan beliau, satu hari nanti masa depan politik Malaysia bakal dikuasai oleh ketamakan harta dan pangkat, menyebabkan mandat pengundi diabaikan.

Malangnya, percubaannya untuk meluluskan undang-undang untuk menyekat lompat parti tidak berjaya.

Namun 40 tahun selepasnya pada tahun 2020, iaitu 22 bulan selepas kemenangan Pakatan Harapan pada 2018, sebuah pembelotan besar-besaran terjadi dengan hampir 40 ahli parlimen telah menyebabkan kejatuhan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan. Kejadian yang dikenali sebagai Langkah Sheraton inilah yang mencetuskan ketidakstabilan politik di negara ini.

Disebabkan ketidakstabilan ini jugalah yang menyebabkan idea RUU Anti Lompat Parti kembali diperkenalkan dan dikuatkuasa pada Oktober 2022, 4 dekad selepas ia pertama kali diperkenalkan.

Karpal Singh, “Harimau Jelutong” yang disegani lawan

p56 ezine with karpal 303

Boleh dikatakan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Lim Kit Siang, reputasi beliau sebagai seorang peguam dan ahli politik pembangkang telah melayakkan beliau dengan jolokan “Harimau Jelutong” dek kerana ‘kegarangannya’ di mahkamah dan juga di Parlimen.

Insiden tragis 13 Mei 1969 nampaknya telah meyakinkan beliau bahawa Malaysia perlu mengambil kursus berbilang kaum. Disebabkan itu jugalah, beliau kemudiannya menyertai DAP pada tahun seterusnya di mana bakat beliau ‘mengaum’ di dalam Parlimen membuatkan beliau juga disegani oleh pihak lawan.

Mendiang Karpal merupakan bekas Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), peguam paling terkemuka di Malaysia, dan mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk tuduhan pengedaran dadah terhadap dua warga Australia, Kevin Barlow dan Brian Chambers pada 1986, dan merupakan penentang kuat hukuman mati, kecuali kesalahan mencabul kanak-kanak.

Ibrahim Singgeh, ADUN pertama di kalangan orang Melayu bagi DAP

a 1 465x293 1

Nama ini mungkin kurang dikenali oleh orang sekarang. Tetapi, Ibrahim merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pertama dalam kalangan orang Melayu bagi DAP pada PRU 1969. Ia adalah sesuatu yang janggal bagi orang Melayu pada masa tersebut, tetapi beliau tahu hala tuju perjuangannya ingin membantu kawasan setempatnya.

Beliau juga sanggup memasang talian telefon di rumah sendiri untuk kegunaan orang kampung, biasanya untuk hal-hal penting seperti sakit nak ke hospital atau apabila ada kematian. Talian telefon bukanlah sesuatu yang murah pada waktu itu, dan setiap bantuannya sebagai wakil rakyat adalah sama rata sama pada semua orang tak kira yang mengundi beliau atau tidak, membuatkan beliau disegani masyarakat setempat.

Beliau juga pernah hampir ‘dibeli’ selepas menang dalam PRU 1969, tapi beliau rela tak jadi katak walaupun ditawarkan RM50K, sebuah rumah dan dilantik menjadi Exco Perak. Beliau tegas dengan pendiriannya dalam DAP.

Pada tahun yang sama, berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei. Terdapat tuduhan di mana DAP yang mencetuskan pergaduhan. Tapi jawapan Allahyarham Ibrahim pada masa tu mudah. Katanya, “takkanlah orang yang menang nak cari gaduh. Tentulah orang yang kalah buat hal.” Dan hujah beliau diterima ramai.

PRU 1974 kemudiannya mencatat sejarah penting kepada DAP, khususnya di Perak, kerana meletakkan ramai calon Melayu. Seramai 14 daripada 33 calon DAP yang bertanding bagi DUN Perak adalah orang Melayu, dan Ibrahim sendiri diputuskan pucuk pimpinan DAP sebagai bakal menjadi Menteri Besar jika kerajaan baru berjaya dibentuk di negeri itu.

Selain Ibrahim, nama-nama tokoh DAP dari kalangan Melayu yang turut bertanding pada masa tu adalah Daeng Ibrahim Othman, Fadzlan Yahya dan Salleh Nakhoda Hitam. Malah seorang wanita, Zaharah Ibrahim juga diletakkan bertanding dengan Tan Sri Ghazali Jawi di DUN Kenering. Ia jelas menunjukkan yang DAP merupakan parti pelbagai kaum yang berteraskan demokrasi, hak asasi dan peluang saksama.

Ahmad Nor menjadi ahli Parlimen DAP berbangsa Melayu yang pertama

ahmad nor

Sekitar tahun 1980-an, nama Ahmad Nor adalah nama yang terkenal dalam memperjuangkan nasib pekerja awam dan swasta. Ini kerana beliau adalah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dari tahun 1983 hingga 1986. Selain itu, beliau juga adalah tokoh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), pada era pentadbiran Tun Mahathir.

Merasakan perjuangannya masih lagi tidak cukup, beliau membuat keputusan untuk masuk ke politik supaya dapat menyampaikan suaranya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Prestasi hebatnya dilihat Lim Kit Siang, lalu beliau diajak menyertai DAP selepas PRU 1986. Jadi, bermulalah karier politik Ahmad dalam DAP. Beliau kemudian menang dan menjadi Ahli Parlimen Melayu pertama dari DAP pada PRU tahun 1990.

Tanpa tokoh-tokoh yang disebutkan ini, DAP mungkin tidak sekuat sekarang. Perjuangan DAP sebagai sebuah parti demokrasi merupakan perjuangan hampir 6 dekad, dan masih berjalan.

Mereka inilah orang yang berpandangan jauh dan mampu melihat kemampuan Malaysia untuk bukan saja pergi lebih jauh, malah visi dan misi mereka adalah demi Malaysia.

Mereka juga adalah antara orang yang membuka jalan kepada kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sekarang. Perjuangan DAP tak terhenti setakat itu saja kerana kita kini mempunyai lebih ramai tokoh berwibawa dan diberi mandat dan kepercayaan untuk memegang portfolio penting sebagai menteri dan timbalan menteri.

Contohnya seperti Anthony Loke yang berjaya memegang portfolio Menteri Pengangkutan sebanyak dua kali atas permintaan rakyat. Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia & Sukan yang juga merupakan Speaker Pertama Wanita dan termuda. Yeo Bee Yin sebagai Menteri Wanita Termuda di Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim & Alam Sekitar. Malah, pelbagai lagi jawatan penting yang diberikan kepada DAP bukan sekadar tangkap muat, tapi berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.

Seperti yang dijanjikan, DAP akan terus komited memperjuangkan Malaysia yang bebas dan adil, berdasarkan prinsip demokrasi, hak asasi manusia, keadilan sosial, pelbagai budaya dan tadbir urus yang baik seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Recommended Posts