Veteran ATM tubuh cawangan DAP Melayu baru di Hulu Selangor

441049678 996309171859939 646881388420912874 n

Semalam berlangsungnya majlis penyerahan borang pembukaan cawangan DAP bagi dua lagi cawangan yang dianggotai oleh ahli Melayu di bawah Parlimen Hulu Selangor.

Salah satu daripada cawangan baru itu iaitu Cawangan Trompet diketuai oleh Sdr Abdul Latib bin Abdulllah yang merupakan seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kesemua ahli cawangan tersebut terdiri daripada anggota pesara ATM.

Manakala ramai ahli Cawangan Jalan Anggerik pula terdiri daripada anak-anak kepada Veteran ATM dan orang muda yang impikan Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Borang keahlian diserahkan kepada Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Sdr Lau Weng San, dan disaksikan oleh veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang serta beberapa wakil rakyat DAP yang lain.

Dalam ucapan Tan Sri Lim Kit Siang, beliau berkata penyertaan golongan Veteran ATM ini adalah sejarah baru buat DAP, dan berharap kemasukan ahli-ahli Melayu ini akan mengukuhkan lagi impian untuk membawa kemajuan dan membentuk Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama.

Untuk rekod, kedua-dua cawangan ini adalah cawangan Melayu yang keenam dan ketujuh di Hulu Selangor.

Recommended Posts