GDP Malaysia naik 4.2%!

436253787 1000763384747851 4295160557089569743 n

Permintaan ekonomi domestik yang menggalakkan dan keadaan pasaran buruh yang stabil adalah antara sebab keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negara meningkat sebanyak 4.2 peratus untuk suku pertama 2024. Walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi yang kurang memuaskan ketika ini, Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan bahawa semua sektor ekonomi telah mencatatkan prestasi yang positif terutamanya sektor perkhidmatan, pembuatan, dan pembinaan 👏👏

Selain itu, jumlah perdagangan Malaysia juga mencatatkan peningkatan sebanyak 7.1 peratus kepada RM690.6 bilion pada suku tahun pertama 2024. Menurut BNM juga, kadar inflasi negara sedang melihat penyederhanaan pada kadar 1.7 peratus buat masa ini. Prestasi ekonomi Malaysia kini menjadi bukti kepada semua bahawa usaha-usaha Kerajaan MADANI untuk menyuburkan ekonomi negara berada di landasan yang tepat untuk menjamin pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat 🌟🌟

Recommended Posts