Pelaburan gergasi AMAZON bukti keyakinan pelabur luar terhadap kestabilan ekonomi dan pentadbiran Kerajaan MADANI

456478814 1059651608859028 6220498237959975033 n

Pengumuman pelaburan sebanyak RM29.2 bilion yang baru sahaja diumumkan oleh Amazon.com Inc untuk mewujudkan suatu hab Amazon Web Services (AWS) di rantau Asia Pasifik merupakan berita baik untuk sektor pelaburan negara serta kestabilan pentadbiran Kerajaan MADANI.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut baik pelaburan gergasi tersebut sambil berkata “Pelaburan-pelaburan ini adalah pengiktirafan terhadap kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI dalam mewujudkan dan merangka persekitaran pelaburan yang menarik, terbuka dan telus.”

Pelaburan ke arah AWS Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) ini merangkumi pembinaan pusat data fizikal dan mewujudkan sebanyak 3,500 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan, kemudahan penyelenggaraan, dan kejuruteraan. Jelas Anwar lagi, sebagai sebahagian daripada hubungan baharu bersama AWS, Kerajaan MADANI telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awan untuk meningkatkan penggunaan teknologi awan dalam sektor awam ☁☁☁

Recommended Posts