Kerajaan tegaskan komitmen membasmi buli siber, perkasakan golongan wanita dalam bidang ICT

458256316 1066453841512138 8089109975113082091 n

Kerajaan MADANI bertindak tegas terhadap kes buli siber dan sedang komited ke arah usaha-usaha untuk mencegah jenayah kes buli siber. Jelas Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, menangani buli siber bukan sahaja dapat menjamin keselamatan individu tetapi juga dapat membuka laluan khususnya golongan wanita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang maklumat dan komunikasi teknologi (ICT) tanpa rasa takut terhadap gangguan dalam talian

Ketua Wanita DAP itu juga berkata sewaktu pelancaran Youth Empowerment: Celebrating Girls in ICT Day Malaysia 2024 Pre-summit Workshop, “Ketika kita meraikan pencapaian gadis dan wanita dalam bidang ICT, adalah penting untuk menangani isu pembuli siber yang mendesak ini. Sebagai peneraju teknologi masa depan, saya menggalakkan anda untuk memanfaatkan kemahiran, kreativiti dan kepakaran untuk memerangi masalah ini.”

Selain itu, sebuah pasukan khas yang merangkumi pakar-pakar dari Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, dan Kementerian Digital telah ditubuhkan untuk menjalankan kajian yang menyeluruh terhadap Kanun Keseksaan yang berkait rangka kerja undang-undang untuk memerangi buli siber

Recommended Posts