Kerjasama dua hala Malaysia – Palestin, tingkatkan pelaburan dan perdagangan

460728511 1077678997056289 463791285932859150 n

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengumumkan suatu kerjasama dua hala antara Malaysia dan Palestin melalui pemeteraian memorandum persefahaman dalam masa terdekat, selari dengan komitmen Malaysia menyokong usaha Palestin untuk berjaya di rantau ASEAN

Kerjasama ini akan meliputi beberapa sektor termasuk kemudahan perdagangan, pelaburan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta industri Halal. Kerjasama ini bakal meningkatkan pelaburan dan perdagangan buat syarikat-syarikat besar dan PKS

“Ia akan membantu mewujudkan mekanisme untuk memudahkan aliran perdagangan yang lebih lancar dan menggalakkan usaha sama, menyediakan rangka kerja yang jelas untuk mengukuhkan hubungan ekonomi,” jelas Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Hanafi Sakri.

Recommended Posts