Adakah murid-murid SJK (C) nyanyi Lagu Negaraku dalam Bahasa Cina?

488641891 1082272450612048 210140416273306268 n
Saya terkilan apabila mengetahui ada pihak yang cuba memainkan isu Lagu Kebesaran Negeri Perak yang dinyanyikan sempena program sekolah yang saya hadiri tahun lepas.
Tohmahan demi tohmahan telah dilemparkan terhadap sekolah tersebut, malah pelajar-pelajar sekolah telah difitnah bahawa mereka menyanyikan Lagu Kebangsaan dalam Bahasa Cina.
Seperti mana Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) juga menyemai sikap patriotisme & semangat sayangi negeri sendiri dalam kalangan semua pelajar.
Itu sebabnya semua warga sekolah akan menyanyikan kedua-dua Lagu Negaraku & Lagu Kebesaran Negeri Perak ketika ada apa-apa program dan sebagainya.
Saya mengalu-alukan pihak yang memainkan isu ini untuk menjejaki negeri Perak untuk memperbaiki pengetahuan am masing-masing khususnya dalam bab membezakan
Lagu Negaraku & Lagu Kebesaran Negeri Perak.
Sebagai rakyat Perak, saya berasa sangat bangga apabila menyanyikan Lagu Kebesaran Negeri Perak dan saya juga amat berbesar hati apabila melihat semua generasi pelajar kini tidak kira aliran sekolah pun berbuat demikian.
Ayuh semarakkan semangat Malaysia Madani, bukannya sebarkan politik benci.
Woo Kah Leong
EXCO Negeri Perak
ADN Pasir Bedamar
Ketua DAPSY Kebangsaan

Recommended Posts