Akmal, berhentilah jadi badut politik dan pemuda lalat

472714168 584091307824923 2091478818031839815 n

1. Apabila masyarakat menanti-nantikan perbincangan profesional mengenai isu-isu penting termasuk GST, Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh pula mempersendakan perkara ini dengan “bad joke”.

2. Saya kira hanya Akmal Saleh sendiri rasa gurauan yang “low-class” ini adalah kelakar, tanpa sedari bahawa dia telah menjadi badut politik.

3. Bila Akmal nak bicara tentang isu GST, DAPSY mengemukakan pendirian dengan hujah bernas, termasuk pengenalan GST semula akan membebankan rakyat khususnya golongan B40 yang berpendapatan rendah.

4. Nasihat saya kepada Akmal: Biarlah bicara dengan fakta dan hujah yang bernas, dan bukannya membuat gurauan yang tidak berfungsi dan tidak bermakna.

5. Nasihat kedua saya kepada Akmal: Daripada membela bos yang menetap di Kajang, lebih baik Akmal mempertahankan Kerajaan sendiri dan bukannya hanya sabotaj tidak berhenti-henti 24 jam setiap hari.

6. Akmal mungkin lupa bahawa bekas pemimpin parti dialah yang memperkenalkan GST sehingga rakyat Malaysia menolak dia.

7. Sekiranya Akmal tidak berhasrat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO yang seharusnya berhujah dengan bijak dan berhemah, lebih baik Akmal tukarlah nama jadi Pemuda Lalat, sekurang-kurangnya lebih berfungsi.

8. Dengan itu, Akmal bolehlah teruskan hasrat dia untuk me-lalat-kan Satu Malaysia.
Ho Chi Yang

Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan
ADUN Tanah Rata

476148032 603891519178235 5234546050868831391 n

Recommended Posts