Selepas kejayaan Op Mengejut bersama JPJ minggu lepas, kini anggota JPJ terutama di lapangan bakal dilengkapi penggunaan kamera badan. Ia pada asalnya merupakan permintaan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli yang meminta supaya anggota jabatan itu dilengkapkan dengan penggunaan kamera badan, terutamanya bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan khususnya melibatkan kenderaan berat.
” , . , – () , , -. , , – ,” – ,
Selain meningkatkan integriti pasukan berkenaan, ia juga dapat mengelakkan salah tafsir yang sering berlaku dalam kalangan anggota penguatkuasa semasa bertugas, dan orang awam. Ini bukti kerajaan MADANI memandang serius anggota pekerja kerajaan supaya imej, keselamatan dan integriti setiap anggota bertugas berada pada tahap tertinggi. ♂️