Angkatan Muda Harapan selar PN sebagai pembangkang paling teruk dalam sejarah

484506902 1064278765744750 485078164620197557 n

Ketua Angkatan Muda HARAPAN (AMH), Sdr Woo Kah Leong menyelar sikap hipokrit pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) dalam soal peruntukan kawasan lantaran sesungguhnya PN tidak pernah berniat untuk membincangkan soal peruntukan kawasan sejak PRU lepas dan maka boleh dikatakan PN adalah pembangkang yang paling tidak bertanggungjawab dan teruk dalam sejarah penubuhan negara.

“Beberapa hari lepas, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa PN ada asas untuk tolak Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi bab peruntukan, namun Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan pula berkonflik dengan menyatakan bahawa PN akan menghantar surat rundingan pada minggu ini demi berbincang tentang soal peruntukan.”

Sdr Woo menyoal, sejak Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berunding sejak awal tahun 2023, apakah tindakan konkrit yang telah diambil oleh PN dalam pada itu untuk melaksanakannya?

“Adakah PN hanya sibuk berbising-bising di dalam Dewan Rakyat dan malah kini sah dibuktikan bahawa PN tidak pernah pun menghantar surat balas untuk rundingan peruntukan biarpun telah dipesan berkali-kali oleh PMX.”

Pembangkang harus berganding bahu mereformasikan institusi

Sdr Woo berkata, Pakatan Harapan yang merupakan pembangkang sebelum PRU lepas mengambil langkah proaktif untuk berunding dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan malah berjaya memeterai MoU dengan kerajaan semasa dalam masa singkat.

“Kejayaan Pakatan Harapan untuk memperoleh peruntukan kawasan dan menyokong usaha untuk meluluskan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti menunjukkan bahawa sesebuah pembangkang seyogia memainkan peranan semak dan imbang di samping berganding bahu dalam mengusahakan langkah reformasi institusi dan sebagainya.”

Angkatan Muda HARAPAN membidas pembangkang kini bukan sahaja tidak proaktif untuk berunding dalam bab tersebut, malah tidak menyokong langsung prakarsa reformasi institusi seperti Akta Perkhidmatan Parlimen.

“Daripada sibuk tabur fitnah dan selepas itu meminta maaf dan membayar ganti rugi, pemimpin PN harus bermuhasabah dan patutnya bersama dengan kerajaan dalam segala langkah reformasi institusi.”

Gesa hentikan segala niat tubuhkan kerajaan melalui pintu belakang
AMH turut menggesa PN untuk menghentikan segala niat untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang lantaran dipercayai bahawa syarat utama MoU adalah berkisarkan tentang kestabilan serta keberlangsungan kerajaan.

“Belajar untuk hormati mandat rakyat, bantu rendahkan suhu politik dan kekalkan kestabilan politik, kesemua ini bukannya susah untuk dilaksanakan lantaran setiap pembangkang harus menyelia dasar kerajaan pada setiap masa dan bukannya memainkan isu perkauman dan keagamaan.”

AMH menasihati PN untuk sekurang-kurangnya mematuhi peraturan asas sistem demokrasi dan patutnya hanya masuk ke dalam gelanggang untuk bersaing secara sihat apabila adanya pilihan raya dan sebagainya.

“Kegagalan parti politik tersebut untuk berbuat demikian dan beria-beria untuk tukarkan kerajaan melalui pintu belakang hanya akan menunjukkan kejahilannya dan ahli-ahli politik sedemikian patut bersara daripada arena politik untuk tidak terus membinasakan negara.”

Recommended Posts