Apa faedahnya Malaysia menyertai BRICS?

463606336 1092151888933581 3534665543569760565 n

Tanpa menjejaskan hubungan dengan rakan dagang utama yang sedia ada, melalui BRICS, Malaysia berpeluang untuk mempertingkatkan hubungan ekonomi dengan negara-negara seperti Rusia, Brazil, Afrika Selatan dan Emiriah Arab Bersatu, sama ada dari segi pelaburan mahupun perdagangan dalam sektor-sektor strategik.

Jumlah penduduk di negara anggota BRICS adalah hampir 3.2 bilion, iaitu 41.5% daripada jumlah penduduk dunia, menjadikannya sebuah pasaran yang sangat besar.

Penyertaan dalam BRICS juga akan melengkapkan peranan aktif Malaysia dalam rangkaian kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa, termasuk ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia juga sedang menimbang untuk menyertai Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) sejajar usaha memelihara hubungan baik dengan semua rakan dagang.

Ini adalah penerangan yang saya berikan kepada soalan YB Sri Gading di Parlimen mengenai BRICS.

Liew Chin Tong
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Recommended Posts