
Tahukah anda, Yee Sang merupakan antara hidangan tradisi dan popular Tahun Baru dan ia mempunyai punya simbolik dan makna yang tersendiripada perayaan ini. Yee Sang dilihat sebagai simbol kepada kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran.
Semakin tinggi Yee Sang diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun adalah antara simbolik menggaul Yee Sang bagi masyarakat Cina.

Jom tengok kompilasi gambar wakil rakyat DAP yang terdiri daripada berbilang kaum meraikan Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Inilah uniknya negara tercinta kita, Malaysia dimana semua kaum meraikan dan menghormati pelbagai budaya dan adat setiap agama di negara ini.





