Bagaimana Belanjawan 2023 fokus kepada keperluan rakyat?

20230224 parliament pm fin min ds anwar ibrahim revised budget 2023 px1 sy 20230225224401 theedgemarkets

Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 24 Februari lalu adalah belanjawan yang unik kerana mengambil kira dan mengangkat semua keperluan rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan miskin tegar.

Dalam pengumuman Belanjawan 2023 itu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan akan membantu kira-kira 130,000 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui langkah lebih menyeluruh.

Kerajaan Madani akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan dengan sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR.

1200 a8 1 960x712 1

Beberapa pendekatan baharu akan dilaksana untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan lalu bagi meningkatkan keupayaan isi rumah miskin tegar meraih pendapatan. Kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.

IPR bertujuan meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan B40 untuk menjana pendapatan membabitkan kerjasama kerajaan, rakyat dan rakan strategik dimana ia membabitkan tiga model iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Bukan itu sahaja, Kerajaan Madani juga penuh tekad dalam usaha untuk meminimumkan beban sara hidup rakyat. Sejak awal mengemudi pentadbiran negara, isu utama yang diberikan perhatian oleh Perdana Menteri ialah kos sara hidup rakyat.

Oleh itu, Kerajaan dalam Belanjawan 2023 menyediakan sehingga RM64 billion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif dalam memenuhi tekad ini. Sejumlah besar dana ini adalah untuk meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat terbanyak.

Antaranya ialah melalui Konsep Payung Rahmah yang diwujudkan oleh Kerajaan Perpaduan untuk membantu golongan susah dan rentan. Dibawahnya terdapat beberapa inisiatif besar seperti Inisiatif Menu Rahmah iaitu jualan set hidangan pada harga hanya RM5 dan Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

328508856 1041561790567805 1978499635765418174 n

Kerajaan Perpaduan juga telah membuat pembaharuan dalam Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk memastikan isi rumah yang benar-benar terkesan mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak dan Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin dimana sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100 melalui pengumuman Belanjawan 2023 ini.  STR secara keseluruhannya dijangka akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan yang disediakan bernilai hampir RM8 bilion.

Manakala bagi rakyat yang diisytihar muflis pula, Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat. Kes-kes kecil yang hutangnya kurang 50 ribu ringgit yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini dan Kerajaan menyasarkan 130 ribu rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaannya.

Pengangkutan awam adalah antara salah satu mod pengangkutan yang sering digunakan oleh golongan B40 di Malaysia. Oleh itu, di bawah Prasarana, Kerajaan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk dimanfaatkan hampir 180 ribu pengguna.

Berkait tentang pinjaman PTPTN pula, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 20 peratus. Bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawa untuk tempoh enam bulan.

Inilah antara berita baik bukan sahaja untuk golongan B40, tetapi untuk semua rakyat Malaysia yang mendapat kelebihan daripada pengumuman Belanjawan 2023 ini. Belanjawan 2023 ini adalah bukti menunjukkan Kerajaan Madani mahu terus membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Recommended Posts