Bangunan Lapangan Terbang Tawau Bakal Lebih Luas, Dilengkapi Pendingin Hawa!

462374466 1090659195758269 1691459464753481247 n

Hampir setanding seperti Semporna, Tawau kini menjadi pintu masuk destinasi pelancongan! Namun, Lapangan Terbang Tawau yang sedia ada nampaknya semakin sesak dengan kebanjiran pelancong yang sudah melebihi kapasiti, termasuklah permintaan produk segar seperti makanan laut yang turut meningkat kepada 13,000 metrik tan kargo pada tahun lalu, lebih tiga kali ganda berbanding tahun 2019.

Disebabkan potensi yang cukup besar ini, kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Bangunan Lapangan Terbang Tawau yang usang ini serta bakal diperluas hampir 50% dari saiz asal, dilengkapi pendingin hawa, penambahan papan tanda di kawasan lapangan terbang termasuk penggunaan bahasa seperti Mandarin dan Arab bakal ditambah baik.

Malah, Menteri Pengangkutan, Sdr Anthony Loke mencadangkan supaya MAHB menempatkan kakitangan fasih bahasa asing seperti Mandarin dan bertindak sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan bagi membantu pelancong demi meningkatkan imej Tawau. Pembangunan lapangan terbang itu membolehkan lebih ramai pelancong berkunjung ke Sabah sekali gus memberikan tempias besar kepada ekonomi penduduk dan negeri bawah bayu itu.

Dianggarkan bernilai RM130 juta, kos naik taraf projek ini akan dimulakan awal tahun hadapan dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Sebanyak 16 kontraktor sudah disenarai pendek untuk dinilai serta proses lantikan kontraktor utama dijangka dimuktamadkan awal tahun depan.

Recommended Posts