Banjir teruk di sekitar Johor, wakil DAP Johor segera hulurkan bantuan

f280da4a 5c0b 4588 b59c 01c22cdf47d7

“Ini banjir sebelum Hari Raya Aidilfitri.” Kata seorang wartawan yang melaporkan mengenai gelombang banjir yang melanda beberapa daerah di Johor ketika ini. Bencana ini pastinya memberi kesan secara fizikal dan mental di kala ramai umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan dan sedang melakukan persediaan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Setakat 21 Mac 2025, jumlah mangsa banjir telah meningkat lebih 10,000 orang dan lebih 90 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah disediakan. Situasi yang amat genting dan serius ini pastinya memerlukan sokongan dan bantuan dari pihak berkuasa di daerah yang terlibat.

Di DUN Johor Jaya, terdapat Kampung Melayu Pandan yang turut terkesan dengan gelombang ini. Dikatakan juga ini banjir paling teruk di kawasan tersebut. Dengan pantas, ADUN Johor Jaya, Sdri Liow Cai Tung telah turun untuk menilai keadaan dan akan menyediakan bekalan yang diperlukan bagi membantu penduduk yang terjejas. Pasukan penyelamat pula telah bertindak segera dengan membantu penduduk berpindah dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Dalam situasi banjir di bulan Ramadan ini, pastinya mangsa-mangsa yang berpuasa diuji dengan lebih hebat lagi kerana seharian dalam keadaan lapar. ADUN Senai, Sdr Wong Bor Yang dan pasukannya memahami keadaan ini. Mereka telah menghantar makanan panas, roti dan air minuman ke PPS Sekolah Kebangsaan Senai agar semua dapat berbuka puasa dalam keadaan sebaiknya. Bantuan ini juga memberi berita gembira bukan sahaja buat mangsa, malah kepada pegawai-pegawai dan sukarelawan yang sedang sibuk membantu.

Sebagai Ahli Parlimen, pastinya tidak terlepas dari tugas-tugas rasmi di luar kawasan masing-masing. Perasaan bimbang dan sedih turut dirasai Ahli Parlimen Kluang, Sdri Wong Shu Qi kerana staf dari pejabatnya sentiasa memberikannya perkembangan terkini. Pasukan di pejabatnya telah meninjau dan memastikan keperluan asas mangsa banjir PPS di SJK(C) Ping Ming sentiasa mencukupi dalam keadaan yang sukar ini.

Walaupun berada jauh di India kerana menjalankan amanah negara sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sdr Liew Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri tidak henti-henti mengemaskini gerak kerja pasukannya yang menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Beliau juga bersyukur bot yang beliau berikan kepada pasukan bomba di Iskandar Puteri sempat dimanfaatkan untuk menyelamatkan rakyat.

Banjir yang tidak dijangka dan dianggap paling teruk sejak 2007 telah menyatukan ramai pihak dari segi menghulurkan bantuan. ADUN Skudai, Sdri Marina Ibrahim menyatakan penghargaan kepada banyak NGO yang turut membantu seperti Amitabha, Foodbank 448, Lion’s Club Skudai, Chin Sian Kok, Tzu Chi dan lain-lain yang menyumbangkan makanan dan minuman kepada mangsa banjir di PPS MBIP Skudai.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Unit Tindak DAP dan sukarelawan-sukarelawan DAP yang tak mengenal penat lelah dalam memobilisasikan bantuan.

Kami mendoakan agar semuanya kembali pulih dan urusan mangsa banjir dipermudahkan. Terima kasih kepada semua yang turun membantu.

484957091 1115640677240656 3483520896086277719 n

484951148 637973645511341 6143417702262482304 n

485149276 1199038634911572 5559321495957436305 n

484962936 1199037798244989 2544106045312715181 n

484843453 1198949148253854 5185582741887357686 n

485614404 1218000089689357 8598783132519019299 n

484861832 1199038331578269 6200823914374092248 n

480963450 1198949614920474 6738556530551695050 n

485377649 638383012137071 8053178789626441255 n

484937210 638383192137053 6491158429659711882 n

486083273 1115640713907319 6868926097544679282 n

485734848 1115640693907321 5401905067306230306 n

485002103 1199037601578342 2692476034474236437 n

Recommended Posts