Setakat 6 Jun 2024, lebih daripada 30,000 pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif BUDI MADANI 🥳😮
Penerima akan terima bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima. Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia 💪💪
Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima BUDI MADANI melalui https://budimadani.gov.my/