Bertahun-tahun mencuba, akhirnya peroleh kewarganegaraan

461196406 1059696852190141 862665842538066279 n

Baru-baru ini saya amat gembira dan bersyukur dapat berkongsi kegembiraan sebuah keluarga yang baru sahaja menerima berita bahawa anak sulung mereka telah berjaya memperoleh kewarganegaraan Malaysia, setelah bertahun-tahun mencuba.

Dengan sokongan dan surat rayuan yang saya kemukakan, akhirnya mereka memperoleh hak yang sangat dinanti-nantikan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta semua agensi kerajaan yang terlibat dalam membantu dan menyelesaikan proses ini. Kegigihan serta kerjasama semua pihak sangat dihargai, lebih-lebih lagi apabila anak ini masih berada di tingkatan 5 dan kini dapat terus menumpukan perhatian kepada pelajaran tanpa sebarang halangan.

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada masa depan yang lebih cerah bagi keluarga mereka, dan saya akan terus berusaha membantu mereka yang memerlukan.

Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Kepong

Recommended Posts