
Warganegara Malaysia yang sedang atau akan melanjutkan pengajian dalam jurusan Undang-undang (LL.B atau setara) dijemput untuk memohon Biasiswa Undang-undang Karpal Singh 2025 daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).
10 pemohon yang berjaya akan diberikan biasiswa berjumlah RM20,000!
Terma & Syarat:
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Pemohon sedang atau akan melanjutkan pengajian sarjana muda dalam jurusan undang-undang (LL.B atau setara) dalam institusi pengajian awam atau swasta, sama ada dalam atau luar negara.
3. Pemohon dikehendaki memberi butiran peribadi dan dokumen-dokumen sokongan termasuk dokumen surat tawaran atau pengesahan daripada institusi pengajian tinggi serta dokumen berkenaan pendapatan ibu bapa atau penjaga.
4. Pemohon juga harus menghantar kenyataan bertulis mengenai mengapa pemohon wajar menerima biasiswa ini.
5. Permohonan dibuka dari 13 Ogos 2025 sehingga 22 Ogos 2025 (pukul 5.00 petang).
6. Setiap pemohon yang berjaya akan menerima RM20,000.
7. Permohonan-permohonan yang berjaya akan diumumkan dalam bulan September 2025.
8. DAP berhak untuk menarik balik biasiswa sekiranya pada hemat DAP, penerima tidak lagi wajar untuk menerima biasiswa ini. DAP juga berhak untuk meminta maklumat tambahan daripada pemohon.
9. Apa-apa keputusan yang dibuat adalah muktamad.