Biro Masyarakat India DAP Pulau Pinang dihidupkan semula

e41f4d7d a2cb 4269 ab7d 43b3ece228f4

Seperti yang sedia maklum, Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam mesyuaratnya pada November 2024 telah bersetuju untuk menghidupkan semula Biro Hal Ehwal Masyarakat India dan melantik saya sebagai Pengerusi Biro ini.

Dalam mempertimbangkan keperluan ini, Jawatankuasa mendapati bahawa satu platform khusus perlu diwujudkan bagi membolehkan masyarakat India menyuarakan isu-isu yang memberi kesan kepada mereka, termasuk dalam aspek kebajikan, pendidikan, pekerjaan, dan pengangguran. Penubuhan biro ini bertujuan mencari penyelesaian yang holistik dan berkesan terhadap cabaran yang dihadapi masyarakat India di Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil langkah untuk melantik 11 ahli parti bagi menyertai Biro ini:

Ramkarpal Singh
Krishnan A/L Palaniappan
V. Krishna Murthy Naidu A/L Vartharaju
Vasugi A/P Arumugam
Kasthuriraani A/P Patto
Villantheran A/L Govindasamy
Raminder Singh A/L Malkit Singh
Linesh A/L Selluanda
Dato’ Krishnan Arumugam
Kumaran a/l Rajoogopal
Abdul Aziz bin Buhari

Saya yakin bahawa ahli-ahli ini akan memainkan peranan penting dalam menjayakan matlamat biro ini. Mereka terdiri daripada individu yang berpengalaman dalam menangani isu-isu yang melibatkan masyarakat India serta golongan muda yang berpotensi menyumbangkan idea-idea progresif demi kepentingan bersama.

Untuk makluman lanjut, mesyuarat pertama Biro ini akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina. Dalam mesyuarat tersebut, pemegang jawatan biro akan dilantik bagi memastikan perjalanan biro ini lebih teratur dan efektif.

Saya percaya bahawa semua pihak berkepentingan akan bekerjasama dengan Biro ini bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan masyarakat India di negeri ini.

Selain itu, saya juga ingin memaklumkan bahawa DAP Pulau Pinang yang dibantu oleh Biro tersebut akan menganjurkan beberapa program sempena sambutan Ponggal pada tarikh-tarikh berikut:

25 Januari 2025: Di Sri Maha Mariamman Temple, Puteri Gunung* pada jam 7:30 pagi
26 Januari 2025: Di Dewi Sri Maha Arakasiamman Temple*, Jawi pada jam 7:30 malam
1 Februari 2025: Di Sri Muniswaran Temple, Perai pada jam 7:30 pagi
2 Februari 2025: Di Shree Muniswarar Shivan Varahi Temple, Bukit Mertajam pada jam 7:30 pagi
8 Februari 2025: Di Kuil Sithi Vinayagar, Kepala Batas pada jam 7:30 pagi
1 Mac 2025: Di Sri Poomarathammal Temple, Gelugor pada jam 7:30 malam
Anggaran peruntukan untuk keseluruhan program ini adalah sebanyak RM36,750.

Sekian, terima kasih.

Ramkarpal Singh
Pengerusi Biro Hal Ehwal Masyarakat India
Ahli Parlimen Bukit Gelugor

Recommended Posts