Cahaya solar buat Tanah Perkuburan Islam di Iskandar Puteri

452160780 1031544341661003 4789137820197610393 n

Penduduk Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah tidak perlu lagi bergelap apabila melakukan pengebumian jenazah sebelum matahari terbit di tanah-tanah perkuburan Islam di kawasan ini.

452407929 1031544424994328 4869952572732850217 n

Dengan kerjasama SIRIM Berhad, Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri telah memasang lampu solar di kawasan tanah perkuburan Islam di sini.

Lampu solar ini yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui dapat mengurangkan kos dan tidak memerlukan pemasangan kabel elektrik yang mahal harganya.

452363222 1031544574994313 7014546780512170748 n

Walaupun tenaga solar bukan sesuatu yang baharu, menggunakan teknologi ini di kawasan perkuburan adalah satu percubaan baharu. Teknologi berpotensi membantu kehidupan seharian kita, dan kerajaan akan terus berusaha untuk merakyatkan teknologi.

Selepas sesi penerangan oleh SIRIM di Kompleks Penghulu Mukim Tanjung Kupang pagi ini, saya turut membuat tinjauan tapak di tanah perkuburan Islam Kampung Tiram Duku.

452385956 1031544604994310 1011171285954418703 n

Selain di sini, lampu-lampu solar juga dipasang di tanah perkuburan Islam di Kampung Tiram Duku 2, Kampung Ladang, Kampung Ladang 2, Kampung Pok, Kampung Tanjung Adang, Kampung Pekajang, dan Kampung Pendas.

Turut hadir dalam majlis serta lawatan ini adalah Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad, Presiden dan CEO SIRIM; Puan Marhani Md Jelani, Pengarah MITI Johor; Tuan Najhan bin Abdul Rahim, Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru; Tuan Mohamad Faiz bin Mohd Pandi, Penghulu Mukim Tanjung Kupang; dan Tuan Abdul Jalal bin Idris, Ketua Kampung Tiram Duku.

Recommended Posts