China sedia kerjasama dengan Malaysia untuk bina komuniti China-Malaysia

448485875 1019714799519376 2426434271847257658 n

Lawatan rasmi selama tiga hari Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia menjadikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara sebagai titik permulaan baharu untuk menyelaraskan strategi pembangunan, mempereratkan kerjasama yang saling bermanfaat dan meningkatkan pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun. Anthony Loke Siew Fook selaku Menteri Pengiring mengiringi Li Qiang sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

448719650 1019714539519402 7452324335781297312 n

Lawatan ini juga bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China susulan pemeteraian Kenyataan Bersama antara Tun Abdul Razak dan Chou En Lai pada 31 Mei 1974.

Sepanjang 50 tahun sejak penubuhan hubungan diplomatik, hubungan China-Malaysia telah mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik dan telah membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara, serta memberikan sumbangan positif kepada keamanan dan pembangunan di rantau ini.

Recommended Posts