Dahulu Bersatu tidak bersetuju bahawa Ahli Parlimen yang dipecat perlu kosongkan kerusi

450669764 930022002470751 3223272484862729175 n

Dahulu Bersatu tidak bersetuju bahawa Ahli Parlimen yang dipecat perlu kosongkan kerusi. Maka, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan mengenai lompat parti ada kelompongan jelas.

Dengan keputusan Speaker dalam hal 6 Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada YAB Perdana Menteri, tiba masa kita pertimbangkan untuk pinda Perkara 49A(2)(c) Perlembagaan.

Bersatu adalah punca mengapa kita ada kelompongan ini, yang cuba diperbaiki melalui pindaan oleh parti politik dalam perlembagaan parti. Lepas 6 Ahli Parlimen menyatakan sokongan pada PM, barulah mereka terhegeh untuk pinda perlembagaan mereka.

Kalau bukan kerana Bersatu, undang-undang anti lompat parti kita akan lebih ampuh.

Bak kata pepatah Inggeris, mereka “authors of their own misfortune”.

450849366 930401662432785 6663870606590179578 n

Maka persoalan yang saya ingin utarakan kepada Bersatu adalah: adakah anda semua bersedia untuk ‘u-turn’ pendirian anda dan sokong pindaan kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan?

SYAHREDZAN JOHAN
AHLI PARLIMEN BANGI

Recommended Posts