DAP Johor bantu kempen PRK Mahkota demi kemenangan calon Kerajaan Perpaduan

59e9b224 d6df 4324 b578 5099956617c1

Jawatankuasa DAP Negeri Johor telah mengadakan satu mesyuarat mengenai persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN Mahkota.

Dalam perbincangan itu yang diadakan di pejabat Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Kluang, mesyuarat memutuskan bahawa semua pimpinan DAP Johor perlu membantu kempen PRK bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional Syed Hussien Syed Abdullah pada 28 September ini.

DAP Johor menyedari pentingnya PRK Mahkota dalam menentukan hala tuju politik negara menjelang pilihan raya umum akan datang.

Apabila calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK Mahkota diterima oleh semua kaum, ia akan mengukuhkan lagi kestabilan Kerajaan Persekutuan. Ia juga dapat merapatkan kerjasama di antara Pakatan Harapan dan BN di peringkat negeri yang akan mengembalikan kebangkitan Malaysia menuju lonjakan ekonomi kedua.

LIEW CHIN TONG
PENGERUSI DAP JOHOR

Recommended Posts